“Kencing!”- jerit pemandu teksi Langkawi malukan Tun M.

Tun M ditenangkan wakil persatuan teksi setelah beberapa pemandu teksi berteriak "kencing!" lalu keluar dari majlis. Gambar dari JPM.

LANGKAWI – Majlis perjumpaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila berlaku insiden yang memalukan apabila beberapa orang ahli persatuan berteriak “Kencing!”  lalu keluar dari majlis tersebut.

“Kencing!” – jerit salah seorang pemandu teksi.

Menurut laporan Utusan,  mereka dipercayai bertindak sedemikian ekoran rasa kurang senang  di atas penjelasan Dr. Mahathir bahawa perkhidmatan e-panggilan, Grab yang tidak akan dihapuskan.

“Bagi saya  masa untuk tangani masalah ini. Bukan mudah untuk haramkan (Grab) supaya kita dapat hapuskan persaingan. Sudah lama saya cari jalan supaya semua pihak dapat cari makan. Saya akan cuba tetapi tak boleh janji nak bagi semua (Grab dihapuskan),” – Tun Dr Mahathir

44458119_10155795155327031_2735708315727167488_n.jpg
Gambar dari Bernama.

Kecewa dengan insiden yang memalukan itu,  Dr Mahathir seolah-olah merajuk lalu berkata beliau akan letak jawatan sebagai PM pada hari ini juga sekiranya ada yang tidak mahu beliau menjadi perdana menteri.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah. Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,”– Tun Dr Mahathir. 

Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung. Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,”  – Tun Dr Mahathir.

Pada 16 Julai lepas, kira-kira 200 pemandu teksi memprotes operasi aplikasi perkongsian kereta, Grab Car dan  berarak ke bangunan Parlimen untuk bertemu dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

teksi.jpeg
Gambar dari Malaysiakini/

“Grab Car perniagaan haram! Kami perlukan lunas kedaulatan undang-undang,” laung para pemprotes. 

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.