
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertahankan tindakan pembelian kereta Volvo S90 baru untuk kegunaan rasmi beliau kerana menurutnya, harga kereta tersebut tidak terlalu mahal walaupun ia kereta hybrid ( petrol + elektrik) dan juga atas sebab kerajaan beliau prihatin soal penjagaan alam sekitar.
Mukhriz juga berkata pembelian kereta itu dilakukan selepas membuat perniagaan tukar beli (trade-in) dengan dua kereta lama kerajaan negeri, lapor Sinar Harian.
“Setelah diperiksa, terdapat beberapa kenderaan lama tidak digunakan sebab rosak, yang didaftarkan bawah pejabat Menteri Besar, saya buat keputusan lupuskan kenderaan itu secara trade in dan diganti kereta baru.
..Sebab itu harganya tak terlalu mahal walaupun ia kereta hybrid. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri prihatin isu alam sekitar dan cuba kurangkan penggunaan minyak dan pencemaran udara,” – Mukhriz Mahathir
Mukhriz juga mempertahankan penggunaan jenama asing tersebut dengan menyatakan pemasangan komponen kereta itu dilakukan dalam negara.
Harga terbaru bagi September 2018 meletakkan Volvo S9 T8 pada harga RM368,888 manakala S90 T8 benilai RM388,888.
Harga tersebut tidak termasuk insurans kereta.
Sebelum ini, ayah Mukhriz yang juga perdana menteri Malaysia yang ke empat dan ke tujuh, Tun Dr Mahathir kecewa apabila rakyat malaysia lebih memilih untuk membeli kereta jenama asing.
“Kita tidak layak dan tidak mampu mengada industri otomotif. Rakyat Malaysia lebih rela beli kereta import, termasuk dari Negara Cina. Pilihan mereka ialah kereta Jepun, dan yang ada banyak duit kereta Jerman.” – Tun Dr Mahathir.
– TTKM –
Leave a Reply