Pendapatan Guan Eng tertinggi : RM86,464.92, diikuti Saifudin dan Tun M.

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Menteri kewangan, Lim Guan Eng menduduki tempat teratas pendapatan paling tinggi ahli parlimen Pakatan Harapan, diikuti oleh menteri KPDNKK, Datuk Seri Saifudin Nasution di tempat kedua dan perdana menteri,  Tun Dr Mahathir di tempat ketiga.

Lim Guan Eng yang juga merupakan setiausaha agung DAP itu mengisytiharkan pendapatan berjumlah RM86, 464.92 , manakala Saifudin setiausaha agung PKR: RM77, 629.68 dan Tun Mahathir, penasihat Bersatu pula RM75,861.57.

Untuk rekod, Lim Guan Eng sering menaikkan status di facebooknya di mana beliau sering makan di restoran, gerai dan kafe awam.

 

Ini diikuti dengan dengan:

  • Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (RM73,576.15),
  • Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (RM72,276.37)
  • Menteri Industri Utama, Teresa Kok (RM68,142.66).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesepuluh dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33.

Menarik juga diperhatikan menteri paling muda, Syed Saddiq merangkap ketua Armada Bersatu, berpendapatan sebanyak RM50, 253.88.

Sebelum PRU 14 lepas,  Syed Saddiq pernah mencabar Najib untuk belanja RM 1500 sebulan.

Berikut merupakan senarai penuh mengikut pendapatan paling tinggi sehingga terendah seperti yang dipaparkan di laman web SPRM

12345

Walau bagaimanapun, maklumat yang dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM itu tidak  menyatakan sama ada pendapatan itu adalah untuk tempoh sebulan.

Buletin TTKM telah menghubungi SPRM berhubung perkara ini dan menunggu jawapan dari pihak mereka.

Setakat ini, seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM sementara 77 masih lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia pendapatan ahli parlimen dipaparkan di laman web SPRM. -TTKM-

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.