Bayar PTPTN tak boleh tangguh sebab salah Jho Low- Guan Eng

SEMENYIH, 4 Nov: Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara, kerana RM50 billion telah diambil oleh Jho Low, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut laporan Bernama, Lim Guan Eng atau lebih dikenali sebagai Nobita itu  mengakui kerajaan dihujani kritikan selepas pengumuman baharu  dalam Belanjawan 2019 pada jumaat lepas  bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” – Lim Guan Eng. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome.com, satu platform digital pembelian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilapor berkata, mana-mana peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, sebagai usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat, selaras dengan manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas.

Walaubagaimanapun, janji tersebut terbukti hancing apabila yang berlaku hanyalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan nama peminjam yang gagal membuat pinjaman daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tetapi mereka kekal tersenarai dalam senarai hitam kewangan dan dihalang membuat pinjaman bank.

Pengumuman gaji minima kini pada RM1100 bermakna  semua peminjam PTPTN tidak akan terlepas dari pengangguhan pembayaran pinjaman, malah gaji mereka akan dipotong antara kadar 2-15% untuk tujuan itu pada  tahun depan.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby semalam berkata anak muda sudah terkena kencing oleh Pakatan Harapan berhubung janji pengangguhan pembayaran PTPTN.

“PTPTN ini, ada ramai anak muda jumpa saya dia mengundi PH kerana janji kalau gaji tak sampai RM 4,000, PTPTN tak perlu bayar. Dia menggambarkan boleh jimat RM300 sebulan tak payar bayar.. bila dengar ucapan Belanjawan ( Lim Guan Eng), saya tunggu-tunggu bab ini.

Yang keluar pula, kalau gaji RM 1,000 ke bawah, tak payah bayar. Gaji Mat Bangla yang potong rumput di lapangan golf itu, gaji dia pun lebih dari RM1,000! Mana ada graduan gaji bawah dari RM1000! Jadi semua atas pada seribu. Jadi  kena bayar. Daripada tak bayar kena bayar,  potong (gaji) daripada 2%-15%.  Pada zaman saya ada diskaun, tak mampu boleh runding…

Sekarang ini yang dijanji tak payah bayar… anak muda dah kena kencing!” – Najib Razak. 

-TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.