PTPTN: Gagal tunai janji, Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf.

Kuala Lumpur, 5 Nov: Aktivis PTPTN yang menyepi sekian lama akhirnya bersuara. Adam Adli pada satu hantaran di facebook beliau mengkritik Dr Maszlee Malik, menteri pendidikan berhubung kegagalan menteri tersebut menunaikan janji.

Beliau turut mempersoalkan mengapakah tiada permohonan maaf dilakukan oleh menteri berkenaan.

Apa perlu bapak menteri pelajaran kita; yang aku kenang sebagai orang baik, gemar berhujung minggu dengan teman-teman tak berumah di ibu kota, renung prestasi diri setelah beberapa purnama ini?

Tak akan sekelumit kata maaf pun susah nak ditutur dek gagal memenuhi apa yang dijanjikan sendiri? Terlalu tinggikah duduknya hari ini sampai tiada rendah diri lagi dalam perkataan?

Bahaya bapak menteri. Bahaya. Untung masih ada teman-teman yang terus bersuara. Hingar-bingar itu tanda orang peduli. Diam tanda orang sudah jauhkan diri, putus asa sama sekali. – Adam Adli. 

Pada tahun 2012, Adam Adli mengetuai satu demonstrasi di ibu kota menuntut pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN

Untuk rekod, beberapa hari selepas dilantik sebagai menteri pendidikan. Dr Maszlee telah berjanji akan menunaikan manifesto Pakatan Harapan berhubung penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan.

Tetapi, beberapa bulan selepas itu beliau  berkata setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam walaupun RM10 sebulan.

“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” –  Dr Maszlee Malik

Terbaru pada jumaat lepas,  menteri kewangan mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1000 sebulan akan dipotong gaji mereka antara 2% hingga 15% untuk tujuan pembayaran balik PTPTN.

“Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan,” Lim Guan Eng, Menteri kewangan. 

Pada perkembangan sama, bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa anak muda sudah terkena kencing oleh Pakatan Harapan berhubung janji penangguhan bayar PTPTN tersebut.

f815b35951dd8641ceed54fc5838c30c.jpg

“PTPTN ini, ada ramai anak muda jumpa saya dia mengundi PH kerana janji kalau gaji tak sampai RM 4,000, PTPTN tak perlu bayar. Dia menggambarkan boleh jimat RM300 sebulan tak payar bayar.. bila dengar ucapan Belanjawan ( Lim Guan Eng), saya tunggu-tunggu bab ini.

Yang keluar pula, kalau gaji RM 1,000 ke bawah, tak payah bayar. Gaji Mat Bangla yang potong rumput di lapangan golf itu, gaji dia pun lebih dari RM1,000! Mana ada graduan gaji bawah dari RM1000! Jadi semua atas pada seribu. Jadi  kena bayar. Daripada tak bayar kena bayar,  potong (gaji) daripada 2%-15%.  Pada zaman saya ada diskaun, tak mampu boleh runding…

Sekarang ini yang dijanji tak payah bayar… anak muda dah kena kencing!” – Najib Razak. 

Penangguhan pembayaran PTPTN merupakan beberapa janji Pakatan Harapan yang telah dicapati cicah kari tomato setelah memenangi PRU14. Selain itu, janji penghapusan tol juga tidak ditunaikan.

-TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.