KUALA LUMPUR 9 Nov: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan menurut senarai terkini portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan yang turut memasukkan nama isterinya itu menerima pendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.
TTKM mendapati Nga Kor Ming mendapat pendapatan tinggi kerana beliau menjawat beberapa jawatan iaitu, ahli parlimen Teluk Intan, adun Aulong, serta timbalan speaker dewan rakyat.
Pasangan terbabit turut mengatasi kedudukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini mengisytiharkan pendapatan bulanan bersama isterinya sebanyak RM86,464.92.
Tempat ketiga pula diduduki oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.
Berikut merupakan senarai pendapatan 10 teratas ahli parlimen kerajaan: (DAP: 4 orang
Bersatu : 2 orang, PKR : 4 orang. )
Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan pendapatan masing-masing dan maklumat terbabit boleh diakses umum melalui my declaration.sprm.gov.my mulai 1 November lalu.
Walaubagaimanapun, SPRM dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana portal tersebut hanya menyiarkan pendapatan ahli parlimen sahaja manakala aset-aset atau saham mereka tidak disiarkan. -TTKM-