
Petaling Jaya, 10 NOV : Setelah menerima tekanan dari kumpulan pelajar dan pelbagai pihak, akhirnya Dr Maszlee akur dan bersetuju untuk meletak jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut laporan The Star yang memetik sumber dari pegawai menteri pendidikan, kabinet telah membincangkan perkara ini dengan MasTot beberapa minggu lalu.
“Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan Dr Maszlee beberapa minggu lalu dan beliau berkata bersetuju untuk melepaskan jawatan tersebut. Beliau sedia mendengar dan menerima nasihat mereka” – pegawai kementerian pendidikan.
Walau bagaimanapun, sumber tersebut menafikan laporan bahawa MasTot ditekan oleh kabinet untuk meletak jawatan.
Mastot yang juga Ahli parlimen Bersatu Simpang Renggam menjawat jawatan menteri pendidikan pada 21 Mei lalu.
Ketika itu beliau berjanji tiada lagi akan berlaku pelantikan politik di universiti, amalan kebiasaan yang dilakukan oleh kerajaan BN lepas.
Janji beliau itu terbukti hancing apabila beliau dilantik sebagai presiden UIAM pada 5 September.
Pelantikan ini telah ditentang kuat oleh kumpulan pelajar lalu mereka melakukan protes duduk bantah di pejabat kementerian pendidikan Putrajaya.
MasTot kemudian melakukan pertemuan dengan wakil pelajar di restoran Amjal dekat universiti Malaya bagi menjelaskan situasi beliau, tetapi pelajar tetap dengan pendirian mereka dengan mendesak beliau meletak jawatan.
Mastot bagaimana pun, enggan memenuhi tuntutan pelajar kerana menurut beliau jawatan itu adalah amanah yang diberikan kepadanya, malah pelantikannya dilakukan oleh Sultan Ahmad Syah, ketua institusi UIAM.
Pelajar kemudian mengantoikan MasTot dengan memetik perlembagaan UIAM yang menyatakan calon untuk jawatan itu adalah atas nasihat Perdana Menteri, Tun Det yang juga penasihat parti Bersatu.
Untuk rekod, manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk mengembalikan kebebasan institusi pengajian tinggi, yang sebelum ini hampir lenyap apabila AUKU diperkenalkan pada awal 80an oleh Tun Det, menteri pendidikan ketika itu. -TTKM-
Leave a Reply