Transkrip penuh Waytha Moorthy dengan BBC Tamil Osai.

 

Pada 22 Okt 2010, BBC Tamil Osai News telah menemuramah Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy yang kini dilantik oleh Dr Mahathir sebagai menteri perpaduan. Berikut merupakan terjemahan temuramah tersebut :

Vanakam. Ini London BBC Tamil Osai. October 22, Hari jumaat. Hos rancangan Swaminathan

S: Penindasan etnik india di Malaysia perlu dihentikan. Komen anda Waythamoorthy (W)

W: Secara amnya, kami tidak diberikan peluang dalam semua bidang. Tiada peluang pekerjaan dalam sector awam. Tiada peluang pendidikan. Mereka yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan tiada tempat di university. Malah hak beribadat juga dirampas kerana kuil dirobohkan.

S: Baiklah. Inilah tumpuan berita kita kita.

Berita dibacakan oleh Vimal Sukanathan (VS).

VS: Hak-hak keistimewaan yang diberikan kepada etnik Melayu di Malaysia kini sudah sampai masanya dihentikan, demikian kata Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Menurut beliau, semua etnik perlu diberikan layanan yang sama dan adil. 

W: Pada pendapat saya ini merupakan satu perdebatan pilihanraya kerana kemungkinan besar tahun hadapan akan diadakan PRU. Perdana Menteri berikan kenyataan sedemikian adalah semata-mata untuk mendapatkan undi mereka yang bukan Melayu iaitu Cina dan India.

VS: Adakah anda bersetuju dengan kenyataan beliau. Adakah lebih ramai Cina dan India terlibat dalam pemerintahan beliau?

W: Biasanya apa yang mereka katakan itu tidak akan berlaku. Lebih-lebih lagi kenyataan sebegini yang sekadar mahukan undi-undi mereka yang bukan melayu tetapi hakikatnya itu tidak akan berlaku.

VS: Sekatan terhadap orang2 India dan Cina dalam sektor pelancongan telah ditamatkan. Adakah ini tindakan betul?

W: Ini tidak betul kerana PM sekarang hanya membatalkan kuota dalam area tertentu. Tetapi ini hanya dalam sektor korporat sahaja iaitu kuota bumputera dibuang. Tetapi pembuangan kuota ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada orang-orang Cina dan india kerana tidak mungkin kehidupan mereka akan berubah kerana pembatalan kuota ini disebabkan kegagalan kerajaan dalam menyediakan apa-apa kemudahan kepada mereka ini. Hak asasi mereka telah dirampas maka bagaimana mereka boleh berjaya dalam hidup?

SK: Perjuangan anda di Malaysia berakhir dengan keganasan. Sejauh manakah perjuangan ini diiktiraf?

W: Bagi kami ini merupakan satu perjuangan jangka panjang. Ini baru permulaan selepas 50 tahun. Jadi kami tidak jangkakan penyelesaian dalam tempoh masa yang pendek ini. Tapi kami yakin kami akan dapat capai sasaran kami dalam jangka masa yang panjang nanti.

SK: Di Malaysia, apakah halangan-halangan dan masalah-masalah yang terpaksa dilalui oleh kaum India dalam mempraktikkan agama, budaya, kepercayaan mereka termasuk mendapatkan pekerjaan?

W: Halangannya ialah tiada langsung peluang diberikan kepada kami. Secara amnya, kami tidak diberikan peluang dalam semua bidang. Tiada peluang pekerjaan dalam sektor awam. Tiada peluang pendidikan. Mereka yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan tiada tempat di universiti. Malah hak beribadat juga dirampas kerana kuil dirobohkan. Apabila disoal, kerajaan menjawab bahawa ini pembinaan haram (pembinaan diatas tanah haram). Kuil-kuil ini berusia 150 tahun dan lebih serta terletak dikawasan estet. Apabila kerajaan mengambil semula tanah tersebut secara paksa maka kuil-kuil yang terletak diatas tanah2 ini dirobohkan.

SK: Setiap tahun kerajaan benarkan sambutan Thaipusam, tiada halangan atau sekatan dikenakan dan kerajaan juga menyediakan kemudahan2 sepanjang perayaan tersebut. Jadi kenyataan anda dikatakan tidak benar.

W: Thaipusam merupakan satu “eye wash”. Satu festival yang berlaku di KL. Festival yang besar maka kerajaan tidak boleh campur tangan kerana nanti akan kelihatan terlalu jelas campur tangan kerajaan nanti. Masalah2 yang kita hadapi terletak diluar Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, hak beribadat dirampas. Maka apa yang jelas ialah kerajaan mempunyai agenda yang jelas iaitu discriminator. Itu sangat jelas.

SK: PM mengakui terhadap beberapa polisi/undang-undang menindas mereka yang bukan melayu. Maka apakah anda percaya yang anda boleh berbincang dengan PM dan mencapai satu penyelesaian kepada masalah2 ini?

W: Dari awal lagi kami telah beritahu bahawa kami bersedia untuk berbincang dan menyelesaikan masalah2 ini tetapi mereka enggan. Mereka kata akan berbincang tetapi pada masa yang sama meneruskan diskriminasi mereka.

SK: Tetapi perjuangan anda tidak mendapat sokongan daripada parti India di Malaysia.

W: Parti politik tidak akan menyokong kita kerana jika mereka menyokong kita maka mereka akan kehilangan kuasa politik. Ini soal sama ada kami akan diiktiraf atau tidak. Kami tidak diiktiraf.

SK: Apakah sokongan masyarakat India terhadap anda?

W: Kita ada sokongan kuat yang ditunjukkan melalui HINDRAF.

SK: Rakyat Tamil Malaysia tidak ramai yang datang ke Tamil Nadu dan tidak akan berhijrah ke sana. Apakah tindakan anda akan memberikan kesan kepada mereka ini?

W: Kami adalah generasi 4 dan ke lima di sini. Maka kami tiada apa2 perhubungan atau pertalian dengan Tamil Nadu. Inilah tanah tumpah kami. Jika hak asasi kami dirampas maka kami berjuang mempertahankan maruah kami.

SK: Apakah pengajaran yang anda pelajari dengan pemberontakan tamil eelam di Sri Lanka?

W: Perjuangan mereka lain dan perjuangan kami lain. Mereka melancarkan perjuangan melibatkan senjata sedangkan kami dari awal lagi jelas bahawa perjuangan ini harus mengikut perlembagaan negara. Perjuangan yang aman. Maka saya percaya tiada apa yang boleh dipelajari daripada apa yang berlaku di Sri Lanka.

SK: Bersama Pemimpin HINDRAF, Waythamoorthy. Ini London BBC Tamil Osai. Sekian rancangan hari ini. Jumpa lagi esok.

-TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) atau melalui Billplz di sini

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.