Isu insuran kesihatan: Dengan harga RM2 bilion, orang Miskin dilarang sihat?

bottle
bottle
Great Eastern merupakan syarikat insuran Singapura yang telah diarahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual 30 peratus pegangan saham kepada syarikat tempatan sebelum Jun 2018.

Tindakan BNM ni tidak lain tidak bukan hanya untuk mengawal harga ubat dan perkhidmatan kesihatan yang naik mendadak. Ini bukan sesuatu benda yang pelik, Trump tahun ni pun pernah mengamuk dengan kerja spekulasi syarikat-syarikat insuran yang menyebatkan harga ubat-ubatan naik ni. Malah di Indonesia syarikat insuran asing perlu menjual saham 20 peratus kepada syarikat tempatan.

Lepas dapat arahan dari BNM, Great Eastern bersama syarikat insuran asing yang lain mula berunding harga dengan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank tempatan.

Tapi bila datang bulan Mei, kita telah menyaksikan detik bersejarah kerajaan bertukar tangan. Masuk bulan Jun, tarikh akhir yang diberi oleh BNM kepada syarikat asing ni, tiba-tiba kerajaan baru keluar kenyataan,

“Peraturan pemilikan asing firma insurans dijangka dikaji semula.”

Datang bulan ogos menteri kesihatan keluar kenyataan nak memperkenalkan skim insuran kesihatan kepada B40. (terkejut beruk ambe.)

Maka 2 orang pegawai kanan BNM yang terlibat meletak jawatan dan bermulalah drama yang kita tonton hari ni:

19 October 2018
Laporan angtarabangsa kata Malaysia bersedia melongarkan syarat pemilikan firma insuran asing.

31 October 2018
Kata menteri kesihatan yang skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) nasional bukanlah berbentuk insurans kesihatan.
*Menteri mungkin perlu tukar nama skim ini dengan bahasa arab, baru nampak patuh shariah till jannah.

2 November 2018
Nobita kata Great Eastern dah bersetuju nak menyumbang 2 bilion dekat skim insuran kesihatan B40.

7 November 2018
Great Eastern marah Nobita jangan buat pandai, Doremon tak kata apa lagi.

8 November 2018
4 ribu agen insuran berdemo mengamuk syarikat insuran nak potong bonus mereka.

12 November 2018
Disebabkan rasa simpati kepada orang-orang miskin yang sakit, Great Eastern keluar kenyataan rasmi memberi sumbangan 2 bilion kepada skim insuran B40 yang bukan insuran tu.

Lepas memberi sumbangan, mereka pun meneruskan hidup-hidup seperti biasa, harga ubat tetap naik setiap tahun.

Sementara yang uneducated pula, tengah bergaduh siapa tuan siapa pendatang atas tanah ini.

Sumber:

https://www.insurancebusinessmag.com/
asia/news/breaking-news/indonesia-sets-80-cainsurers-101445.aspxp-on-foreign-ownership-of-

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2017/08/313983/rangka-kerja-insurans-perubatan-akan-dikeluarkan

https://www.straitstimes.com/business/banking/malaysia-likely-to-review-foreign-insurance-ownership-directive-say-sources

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/06/437534/peraturan-pemilikan-asing-firma-insurans-dijangka-dikaji-semula

http://www.theedgemarkets.com/article/great-eastern-may-sell-malaysian-operations-close-us1-bil

https://www.insurancebusinessmag.com/asia/news/breaking-news/prudential-malaysia-enters-talks-with-pension-fund-for-30-stake-sale-94247.aspx

https://www.insurancebusinessmag.com/asia/news/breaking-news/central-bank-reminds-foreign-insurers-to-honour-promise-96244.aspx

https://www.insurancebusinessmag.com/asia/news/breaking-news/malaysia-to-ease-insurance-foreign-investment-rules-114147.aspx

 

46495949_2208803492503995_220444818579390464_n

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.