Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Petisyen desak Waytha Moorthy letak jawatan mendapat 156k tandatangan!

2 min read

Kuala Lumpur, 20 Nov: Petisyen mendesak Menteri di jabatan perdana menteri, P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan setakat hari ini telah mendapat 156,075 tandatangan.

Petisyen itu yang dilancarkan kelmarin  lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggunakan platform Change.Org.

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh seorang individu bernama Aiman Haziq, ditujukan kepada perdana menteri, Tun Dr Mahathir, menuntut beliau melucutkan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara.

Berikut merupakan teks penuh petisyen tersebut:

Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:

1) Memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi dalam beberapa bentuk antaranya: perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam; rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

2) Berkeras mahu meratifikasikan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada kaum Bumiputera

3) Gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial

4) Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial seperti:

  • Pernah menyertai perhimpunan haram HINDRAF 2007
  • Pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Mempunyai kepentingan dengan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Penyelesaian

Oleh yang demikian, kami menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Jabatan di Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama

Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Pautan untuk petisyen tersebut di sini : https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohamad-menuntut-perlucutan-jawatan-p-waytha-moorty-sebagai-menteri-di-jabatan-pm-dan-senator-petisyen-ini-digerakkan-oleh-gerakan-pengundi-sedar-gps 

Sementara itu, petisyen untuk mengekalkan jawatan Waytha Moorthy pula hanya mendapat 13,699 tandatangan. 

way1.PNG

-TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) atau melalui Billplz di sini

Baca berita berkaitan : Memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri UK.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: