Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

SURAT TERBUKA BUAT YBHG TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

3 min read

Oleh : Hazwan Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim,

Kehadapan YBhg. Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad,

Izinkan untuk saya berbeza pendapat tentang apa yang Tun ucapkan berkenaan isu pengkhianat negara bernama Waythamoorthy yang kini diangkat sebagai Menteri Perpaduan dibawah kabinet menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam isu ini, selain dari 180 ribu tandatangan rakyat Malaysia melalui satu petisyen yang digerakkan oleh NGO Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah berjaya dikumpul untuk menuntut Waytha letak jawatan dan disiasat, ia juga merupakan satu isu tentang bagaimana kredibiliti sesebuah kerajaan dalam mendepani isu rakyat yang berpaling tadah terhadap kesetiaan dan sumpah taat setianya kepada tanah air.

Waytha yang mengaku sebagai warganegara Malaysia telah memfitnah dan memburuk-burukkan nama negara yang kita semua cintai ini di persada antarabangsa.

Bukan sedikit fitnah dan pembohongan dilakukan. Jika Tun cukup benci bagaimana Najib Razak memalukan Malaysia melalui skandal kewangan teragung 1MDB, Tun juga perlu malu menyimpan seorang menteri yang mengatakan pada dunia, bahawa Malaysia memaksa penganut Hindu peluk Islam, kuil masyarakat Hindu diroboh sewenang-wenangnya, dan juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan biasiswa.

YBhg Tun,

Sampai bila kita mahu berasa ‘tak apa’ dan ‘berlembut’ apabila berdepan dengan tindakan segelintir rakyat yang bersikap biadap dan kurang ajar memburukkan dan memfitnah nama negara. Apatah lagi individu yang bersikap demikian memiliki pengaruh dan mampu membawa sentimen perkauman yang cukup membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.

Ketahuilah, setelah rakaman temuramah itu tersebar beberapa hari lalu, Waytha tidak pernah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Malah tetap memberi alasan dan berdalih hatta tatkala diminta penjelasan dalam dewan rakyat yang mulia.

Tidak ada rasa sekelumit pun, rasa bersalah dalam diri si bongkak pengkhianat negara untuk menyesal atas fitnah dan adu domba yang dilempar terhadap negara. Tidak kiralah samada ianya berusia 10 tahun hatta 100 tahun sekalipun, rakyat berhak untuk tidak lagi melihat wajah Waytha diangkat sebagai menteri malah atas posisi apa sekalipun dalam negara yang tercinta.

YBhg Tun,

Anak semua bangsa sudah bersuara, dalam tempoh 2 hari petisyen digerakkan sudah berjaya mengumpul hampir 200 ribu tandatangan suara rakyat Malaysia. Angka ini malah melebihi undi paling banyak diterima YB Tony Pua dalam PRU14 yang lalu.

Anak semua bangsa, hatta rakan-rakan India kita semua pun, menyuarakan pendapat yang sama. Betapa malunya mereka melihat sosok tubuh pelampau perkauman dan pengkhianat negara bernama Waytha Moorthy anak lelaki Ponnusamy.

YBhg Tun,

Kami anak semua bangsa, telah bersuara. Kami desak dan kami pinta, kerajaan tidak lagi menyimpan pengkhianat negara Waytha dalam kabinet menteri. Kami menyeru, agar Tun memecat dan menyerahkan Waytha untuk disiasat dan dibawa kemuka pengadilan agar beliau mendapat pengajaran sewajarnya.

Begitu juga tindakan ini boleh memberi pengajaran berharga buat seluruh rakyat Malaysia, betapa perbuatan berbohong dan memfitnah negara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Ketahuilah, bahawa seorang yang terpalit dengan isu perkauman, adu domba dan fitnah seperti Waythamoorthy ini tidak lagi layak dan memiliki kredibiliti untuk diangkat dan dijulang sebagai Menteri apatah lagi dibawah portfolio Perpaduan & Integrasi Nasional.

YBhg Tun,

Benar, semua orang berhak untuk merasa insaf atas segala sesuatu kesalahan yang pernah dilakukan. Semua orang berhak juga mendapat peluang kedua.

Tetapi untuk pengkhianat negara dan pelampau perkauman, peluang kedua itu sudah tentu bukannya diangkat menjadi Menteri Perpaduan di era Malaysia Baharu.

Salam Juang!

Hazwan Mohamad,
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC).
23/11/2018

Lihat rakaman temuramah Waytha: https://www.facebook.com/hazwan.mohamad.3/videos/10214983190226623/

Teruskan Petisyen lucut jawatan Waytha: bit.ly/lucutwaytha

_______________________________________

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: