Bantah ICERD: “Tun Hamid dalam keadaan sebegini sanggup berjuang, apa alasan kita?”

Oleh : Lukman Sheriff

Kalaulah Tun Hamid dalam keadaan sebegini sanggup berjuang, apa alasan kita lagi untuk tidak “stand and be counted”?

Saya serba salah tunjuk gambar ini. Tetapi ceritanya amat perlu diwarwarkan.

Gambar ini diambil selepas Tun Hamid memberi ceramah atas kerusi roda. Beliau tidak dapat duduk lama dan perlu baring. Beliau datang pun dengan ambulans.

(Teks ucapan Tun Hamid baca di sini : ICERD: “Kita menang pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat!” – Tun Abdul Hamid.)

Gagah betul Tun Hamid. Sebak saya melihat dia. Dia mempunyai pendirian sama seperti saya ceritakan di sini. Malah beliau membangkitkan bahayanya kes basic doctrine yang saya tulis pagi tadi.

Press english kita pula memang celaka. Tun Hamid menerima baik dan take at face value Surat kerajaan. Yang baik mereka tak cerita dan mahu sengaja spin untuk menggambarkan yang buruk.

Saya pula dipanggil ceramah pagi tadi dan menceritakan bahawa saya membantah sebab kerajaan bakal meratifikasi kompromi perlembagaan yang memberi kesan kepada ramai penduduk tanpa rundingan awam dalam masa terdekat. Dalam mana2 demokrasi, semua pemegang taruh (stakeholders) patut dirujuk jika memberi kesan ke atas mereka. Tetapi kita tidak. Sebab itu kita membantah. Saya kemudian menghuraikan hujah dusta untuk memalukan negara kita dengan membandingnya dengan negara Arab, Korea Utara dan Myanmar. Banyak perkara berkaitan ICERD dan perlembagaan dileraikan seperti yang saya tulis.

Satu pun tak masuk Surat Khabar. Mereka hanya mahu memetik ayat untuk jadi bahan kutukan. Jahat betul. We need an independent media commission.

Akhir kata ambillah iktibar Tun Hamid. Beliau sudah menjalani operasi sebanyak 6 kali tetapi semua melibatkan bahagian badan di bawah kepalanya. Beliau berkata selagi mana Allah memberi dia kemampuan berfikir bersuara dan menulis beliau akan tetap terus berjuang. Masyaallah. Rasa malu sebab kadang2 nak hadir sesuatu event pun kita rasa Malas. Marilah kawan2ku. Let’s stand and be counted on all issues involving our constitutional compromise. Kita tampil kehadapan dalam semua isu yang melibatkan kompromi perlembagaan.

NB: kongsilah untuk memaklumkan ramai kegigihan Tun Hamid. Marilah kita memanjat doa kehadrat ilahi agar Tun dipanjang umur dan dilindungi selalu. Amin.


(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor)

Sumbangan kepada Buletin TTKM
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.