“Ini bukti DAP perjuangkan ICERD! Nak tipu siapa?”

Oleh : Mat Rodi. 

DAP mati-matian tidak mengaku mereka memperjuangkan supaya ICERD diratifikasi. Apakah bukti-bukti ini?:

1. Mari kita baca apa kata Mahdzir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAPSY, pada 6 Jun 2013:

“Malah langkah mengatasi masalah ini seharusnya sudah dilaksana segera sepertimana desakan dari Proham agar kerajaan menandatangani Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).” – Mahdzir Ibrahim

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?

(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/en/statements/2013/06/06/16215/)
2. Mari kita baca apa kata Howard Lee, Pengarah Dasar Awam DAP Perak dan ADUN Pasir Pinji, pada 22 Disember 2013:

“Kerajaan boleh ditekan untuk meratifikasi paling tidak… Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD) sebelum Universal Periodic Review PBB pada 2018.” Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?” –Howard Lee

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?

(Bukti kenyataan: https://www.malaysiakini.com/news/249971)

3.  Mari kita baca apa kata Kasthuri Patto, Setiausaha Publisiti Wanita DAP dan Ahli Parlimen Batu Kawan, pada 11 Disember 2017:

“Perjanjian-perjanjian utama yang mesti Malaysia tandatangani dan ratifikasi sebelum PRU 14 ialah… Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).”- Kasthuri Patto

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?

(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/en/statements/2017/12/11/26260/)

4. Mari kita baca apa kata Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, pada 8 November 2018:

“Jangan bimbang dan takut terhadap proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).” – Charles Santiago

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?

(Bukti kenyataan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/08/jangan-takut-ratifikasi-icerd-dap-beritahu-ppbm-umno/)

c.PNG
Tangkap layar laporan FMT

5. Mari kita baca apa kata Chow Yu Hui, ADUN Tras, dan Chiong Yoke Kong, ADUN Tanah Rata, pada 9 November 2018:

 

“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum. Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD.” – kenyataan bersama Chow Yu Hui, Chiong Yoke Kong. 

Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/)

c2.PNG
Tangkap layar kenyataan yang diterbitkan portal DAP Malaysia. 

6. Mari kita baca apa kata Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 21 November 2018:

 

“Adakah Datuk Seri Hadi Awang mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah kecuali Malaysia dan Brunei telah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?.”- Lim Kit Siang. 

Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/21/27899/)

7. Mari kita baca apa kata Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 22 November 2018:

“Bolehkah kiranya Datuk Seri Hadi Awang turut menjelaskan persoalan mengapa 55 daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meratifikasi ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Adakah terdapat anggapan bahawa 99% daripada 1.9 bilion umat Islam, yang menetap di 55 daripada 57 negara OIC, telah terpesong dan bukan orang Islam seperti mana yang dimahukan Hadi?.”- Lim Kit Siang. 

Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/22/27903/)

DAP MAHU TIPU SIAPA? – TTKM-


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- editor. 

Sumbangan kepada Buletin TTKM
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: