Rusuhan kuil: Anggota bomba kritikal, bergantung sistem bantuan hayat.

Pegawai dan anggota bomba membaca Yasin, foto NSTP.

Subang Jaya, 27 Nov: Muhammad Adib Mohd Kassim anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 1 pagi hari ini, kini berada di dalam keadaan kritikal.

Harian Metro melaporkan sebagai memetik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang  berkata, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di bawah pengawasan lima orang doktor pakar.

“Setakat ini Adib bergantung kepada sistem bantuan hayat, keadaannya masih di tahap kritikal, hampir keseluruhan badannya terutama bahagian dadanya dipenuhi lebam.

“Sejak dikejarkan ke hospital oleh orang awam, keadaannya masih sama sehingga semasa saya menziarahinya tadi, bacaan tekanan darahnya pula kekal berada dalam paras rendah.

“Dia mengalami kesukaran bernafas akibat tulang rusuknya yang patah menjejaskan fungsi paru-parunya,”  – Zuraida Kamaruddin. 

Beliau berkata demikian  dalam sidang media di SJMC, Subang Jaya, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid pada sidang media di SJMC, hari ini. – Foto Muhd Zaaba Zakeria, NSTP

Zuraida juga kesal dengan kejadian itu  selain meminta supaya rakyat menjadi orang yang lebih bertamadun dan tidak mengulangi episod gelap tersebut.

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa sahaja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba.

“Saya minta dan berharap jangan berulang lagi episod gelap, jadilah orang yang lebih bertamadun dan jangan ulanginya,” – Zuraida Kamaruddin. 

Sementara itu, pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca surah Yasin di perkarangan lobi SJMC sementara menunggu perkembangan rawatan mangsa.

photo_2018-11-27_13-05-22_1543295266.jpg
Pegawai dan anggota bomba membaca Yasin, foto NSTP.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Awal pagi tadi,  jentera bomba dan EMRS yang datang ke lokasi berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bagi memadamkan kebakaran kereta di luar kuil berkenaan, diserang kumpulan perusuh.

46753901_259383781394826_7727426904659066880_n.jpg

46747926_259383818061489_2124751867865989120_n46990138_259383801394824_6420012338333614080_n

Video yang tular di media sosial menunjukkan jentera tersebut dibaling batu oleh perusuh sebaik sahaja ia cuba menghampiri kenderaan yang terbakar dibakar perusuh.

46742222_259383858061485_5864238622428889088_n
Kereta terbakar yang cuba dipadamkan oleh pihak bomba.

 

Menurut laporan Malaysiakini,  mangsa dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Sementara itu, menteri besar Selangor, Amirudin Shari yang melawat mangsa berkata kerajaan negeri menzahirkan rasa sedih dan simpati serta akan menanggung segala kos rawatan mangsa.

“Saya telah melawat Pegawai Bomba Muhammad Adib bin Muhammad Kasim dan keluarga beliau di SJMC. Kerajaan Negeri menzahirkan rasa sedih dan simpati dan bersetuju menanggung semua kos rawatan beliau. Marilah sama-sama kita mendoakan agar saudara Muhammad Adib sembuh dan sihat.” – Amirudin Shari 

-TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.