Rusuhan kuil : Anggota bomba cedera parah dibelasah perusuh kini dipindahkan ke IJN

SUBANG JAYA, 28 Nov: Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera parah dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.33 malam tadi menurut laporan Berita Harian. 

AMBULAN membawa Muhammad Adib Mohd Kassim menuju ke Institut Jantung Negara (IJN). – Foto MUHD ZAABA ZAKERIA, NSTP. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan antara pakar perubatan IJN dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.

“Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya. Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya,”. – Zuraida. 

Beliau turut berkata, keadaan Muhammad Adib juga sudah semakin baik walaupun masih belum sedar kerana kesan ubat sedatif, namun tekanan darahnya bertambah baik daripada tengah hari tadi.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Beliau mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan pendarahan dalaman.

46742222_259383858061485_5864238622428889088_n
Kereta yang dibakar perusuh. 

This slideshow requires JavaScript.

Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalkan SJMC pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam. – TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.