ICERD : FITNAH YANG SEDANG TIDUR.

ICERD : FITNAH YANG SEDANG TIDUR.

Oleh : Abdul Latiff Abdul Rahman

ICERD bukanlah sesuatu yang baru. Ia bermula pada tahun 1965 lagi. Namun apabila Menteri Perpaduan mengejutkan fitnah ini daripada tidurnya, umat Islam tidak lagi boleh berdiam diri.

Lebih memeritkan usaha di semua peringkat termasuk melobi di peringkat antarabangsa telah berjalan lebih lama dahulu untuk meratifikasi ICERD ini.

Bahkan kewujudan beberapa NGO yang kononnya menjaga hak asasi manusia telah lama bermula dan bergerak. Dengan langkah yang penuh berhati- hati malah kelihatan sangat mulus dengan membawa mesej hak asasi.

Apabila PH menang dalam PRU ke 14, ada yang merasakan inilah waktunya.

Pelbagai keburukan dan pembohongan telah di buat sebelum ini termasuk menyatakan bahawa Malaysia mendiskrimasi tuntutan kaum serta agama. Walhal ianya ternyata adalah penipuan yang terjelas.

Kerajaan PH pada hari ini juga berdolak- dalik mengenai keputusan mereka. Seketikanya mereka menyokong ICERD kemudian akibat beberapa desakan daripada rakyat, mereka cuba menangguhkan malah akhirnya mereka sanggup menolak.

Ternyata siri- siri dolak- dalik mereka ini tidak harus menjadikan orang Melayu dan Islam berdiam diri lagi. Kita harus bangkit mempertahankan hak kita yang semakin hari semakin menipis dan terancam.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, turun bersama hari ini untuk menunjukkan sokongan dan bantahan kita terhadap ICERD ini. Ternyata ICERD adalah usaha pemecahan keharmonian yang telah lama kita kecapi bersama.

Hari ini 8 Disember 2018, saya tunggu anda di Dataran Merdeka! #TOLAKICERD!
#ASALROYAKJAH!


Penulis merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.