“Saya dah isytihar dua kereta, tapi SPRM tak anggap ia aset!” – Waytha Moorthy

Kuala Lumpur, 11 Disember: Setelah terkantoi busuk, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy kini mengakui pula beliau ada memiliki dua aset iaitu dua buah kereta.

Menurut Waytha, beliau telah memasukkan dua buah kereta yang beliau miliki itu sebagai sebahagian dari pengisytiharan harta kepada SPRM, tetapi beliau mendakwa SPRM tidak menganggapnya sebagai aset.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan TTKM awal pagi tadi yang mendedahkan beliau memiliki dua kereta, iaitu Toyota Camry dan Nissan Cefiro yang diperoleh melalui carian di laman sesawang JPJ.

Berikut merupakan kenyataan penuh Waytha Moorthy seperti yang disiarkan di laman facebook beliau:

Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial mengenai dua (2) buah kereta yang saya miliki.

Saya ingin menjelaskan bahawa pengisytiharan aset saya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dikemukakan pada 10 Okt 2018.
Saya telah memasukkan dua (2) buah kereta saya sebagai sebahagian daripada perisytiharan tersebut.

Pegawai saya telah meminta penjelasan daripada SPRM kenapa kolum (column) pengisytiharan harta saya telah dibiarkan kosong dalam senarai Menteri yang telah mengemukakan pengisytiharan harta mereka, yang dibuka untuk tatapan umum.

Saya dimaklumkan bahawa SPRM tidak menganggap kereta sebagai aset, justeru ruang kosong tersebut.

Sekian Terima Kasih

Waytha Moorthy

Kelmarin, Waytha Moorthy dengan wajah penuh bangga mendakwa selama 15 tahun bekerja sebagai peguam, beliau tiada mempunyai harta kerana semua pendapatan beliau digunakan untuk memperjuangkan nasib kaum India. Justeru, menteri tersebut cuma mengiystiharkan pendapatan sahaja kepada SPRM.

Saya memang tiada harta. Saya cuma isytiharkan pendapatan saya. Sepanjang hidup saya adalah aktivis, dan semua pendapatan saya digunakan dalam memperjuangkan nasib kaum India yang miskin. Jadi saya tak ada akses wang untuk membeli harta. Dalam 15 tahun saya bekerja sebagai peguam, saya tidak ada harta. Orang biasa mungkin ada, memang pendapatan saya sekian lama begitu,” – P. Waytha Moorthy

Untuk rekod, pengisytiharan harta yang dilakukan sebelum ini oleh Invoke yang melibatkan calon PH turut menyenaraikan pemilikan kenderaan. ( rujuk : https://invokemalaysia.org/asset-declaration-akujanji/ ).

Sebelum ini, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik ada menaikkan sebuah pantun yang tular di media sosial:
“Siakap senohong, gelama ikan duri, Bercakap bohong, lama-lama…”
-Dr Maszlee Malik.

TTKM akan cuba mendapatkan Waytha Moorthy untuk melengkapkan pantun tersebut-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.