“Saya tiada harta, saya orang miskin!” – Mohamaddin Ketapi

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, mendakwa beliau tidak memiliki harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, Ahli Parlimen Silam daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu turut mengakui dirinya sebagai ‘orang miskin’ dan tidak mampu memiliki aset walaupun sebuah kereta atau rumah.


Saya dah bagi (isytihar) semua (pada SPRM). Apa nak saya isytiharkan lagi kalau tak ada harta. Awak jawab saya. 
Saya tak ada harta. Tak ada (kereta atau rumah). Saya orang miskin. Disebabkan itu, tiada apa untuk saya isytiharkan. Orang miskin mana ada harta,”  –

Mohamaddin Ketapi,

Video ehsan KiniTV

Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanya mengapa sebagai anggota kabinet, beliau hanya mengisytiharkan pendapatan, tetapi tidak harta dan aset lain kepada SPRM, seperti yang tercatat dalam Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my).

Dalam portal tersebut, Mohamaddin Ketapi mengisytiharkan pendapatan bulanan beliau dan isteri adalah berjumlah RM 67,483.43

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, turut menegaskan tidak memiliki harta untuk diisytihar atas alasan hampir semua pendapatannya sebagai peguam digunakan untuk memperjuangkan nasib masyarakat India miskin di negara ini.

Walaubagaimanapun, TTKM mendedahkan  terdapat dua kereta didaftarkan atas nama menteri tersebut.

Baca : Tiada harta? Waytha kantoi busuk!

Waytha masih belum membuat apa-apa penjelasan mengenai hal tersebut setakat ini. -TTKM- 


Sumbangan kepada Buletin TTKM
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version