SPRM nafi beritahu Waytha kereta bukan aset.

Putrajaya, 11 Dis: SPRM menafikan ada memberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy bahawa kereta tidak dianggap sebagai aset yang perlu diisytiharkan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Shamsun Baharin Mohd Jamil memberitahu portal berita Malaysiakini hari ini bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan nasihat sedemikian kepada mana-mana ahli parlimen.

“Untuk SPRM, aset yang perlu diisytiharkan termasuk segala jenis hartanah, tidak alih atau boleh alih. Aset boleh alih termasuk kereta, motorsikal, bot motor, helikopter dan sebagainya. Kenyataan beliau (Waythamoorthy) yang merujuk kepada SPRM sebenarnya merujuk kepada pegawai dari Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Kita tidak pernah mengeluarkan nasihat sebegitu kepada mana-mana ahli parlimen. Dan sebarang maklumat yang diterima dari GIACC tidak boleh dianggap dari SPRM” – Shamsun Baharin Mohd Jamil

Shamsun turut mengesahkan bahawa SPRM telah menerima pengisytiharan aset yang diserahkan oleh Waythamoorthy, tetapi menyatakan ia tidak lengkap kerana menteri tersebut tidak mengisytiharkan sebarang aset yang sepatutnya beliau lakukan.

“Ini adalah kerana beliau mempunyai pemahaman berbeza (berhubung aset yang perlu diisytiharkan) kerana beliau memperoleh maklumat tersebut dari GIACC dan bukannya SPRM” – Shamsun Baharin Mohd Jamil

Isu pengisytiharan harta Waytha Moothy hangat diperkatakan netizen apabila TTKM pada awal pagi tadi mendedahkan beliau memiliki dua kenderaan iaitu Toyota Camry dan Nissan.

Selepas pendedahan tersebut, Waytha Moorthy tampil menjelaskan keadaan di laman facebooknya dengan berkata bahawa beliau telah memasukkan dua buah kereta yang beliau miliki itu sebagai sebahagian dari pengisytiharan harta kepada SPRM, tetapi beliau mendakwa SPRM tidak menganggapnya sebagai aset.

“Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial mengenai dua (2) buah kereta yang saya miliki.

Saya ingin menjelaskan bahawa pengisytiharan aset saya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dikemukakan pada 10 Okt 2018.
Saya telah memasukkan dua (2) buah kereta saya sebagai sebahagian daripada perisytiharan tersebut.

Pegawai saya telah meminta penjelasan daripada SPRM kenapa kolum (column) pengisytiharan harta saya telah dibiarkan kosong dalam senarai Menteri yang telah mengemukakan pengisytiharan harta mereka, yang dibuka untuk tatapan umum.

Saya dimaklumkan bahawa SPRM tidak menganggap kereta sebagai aset, justeru ruang kosong tersebut.

Sekian Terima Kasih”

Waytha Moorthy

Kelmarin, Waytha Moorthy dengan wajah penuh bangga mendakwa selama 15 tahun bekerja sebagai peguam, beliau tiada mempunyai harta kerana semua pendapatan beliau digunakan untuk memperjuangkan nasib kaum India. Justeru, menteri tersebut cuma mengiystiharkan pendapatan sahaja kepada SPRM.

Saya memang tiada harta. Saya cuma isytiharkan pendapatan saya. Sepanjang hidup saya adalah aktivis, dan semua pendapatan saya digunakan dalam memperjuangkan nasib kaum India yang miskin. Jadi saya tak ada akses wang untuk membeli harta. Dalam 15 tahun saya bekerja sebagai peguam, saya tidak ada harta. Orang biasa mungkin ada, memang pendapatan saya sekian lama begitu,” – P. Waytha Moorthy

Untuk rekod, pengisytiharan harta yang dilakukan sebelum ini oleh Invoke yang melibatkan calon PH turut menyenaraikan pemilikan kenderaan. ( rujuk : https://invokemalaysia.org/asset-declaration-akujanji/ ).

Sebelum ini, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik ada menaikkan sebuah pantun yang tular di media sosial:

“Siakap senohong, gelama ikan duri, Bercakap bohong, lama-lama…”
-Dr Maszlee Malik.

TTKM akan cuba mendapatkan Waytha Moorthy untuk melengkapkan pantun tersebut-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.