Tiada harta? Waytha kantoi busuk!

Kuala Lumpur, 11 Dis:  Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengakui beliau tidak mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak memiliki sebarang harta.

41542612467_WAYTHAMOORTHY.jpg
Waytha mengisytiharkan pendapatan beliau dan isteri sebanyak RM 48,736.48.

Jelas Waytha lagi, beliau sudahpun meminta pejabatnya untuk memberi nota kepada SPRM berhubung perkara ini.

“Saya memang tiada harta. Saya cuma isytiharkan pendapatan saya. Sepanjang hidup saya adalah aktivis, dan semua pendapatan saya digunakan dalam memperjuangkan nasib kaum India yang miskin.
Jadi saya tak ada akses wang untuk membeli harta. Dalam 15 tahun saya bekerja sebagai peguam, saya tidak ada harta. Orang biasa mungkin ada, memang pendapatan saya sekian lama begitu,” – P. Waytha Moorthy

Walaubagaimanapun, melalui rekod JPJ, TTKM mendapati terdapat dua kenderaan didaftarkan atas nama Waytha Moorthy iaitu kereta bernombor plat WMP7*7 dan  W7**7M. Cukai jalan dan insuran untuk kedua-dua kenderaan ini diperbaharui pada tahun ini dan tamat tempoh pada tahun 2019.

plat.jpg

 

 

Berikut pula merupakan gambar kereta tersebut melalui carian di MYEG:

snap cam.jpg

Untuk rekod, pengisytiharan harta yang dilakukan sebelum ini oleh Invoke yang melibatkan calon PH turut menyenaraikan pemilikan kenderaan. ( rujuk : https://invokemalaysia.org/asset-declaration-akujanji/ ).

Sebelum ini, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik ada menaikkan sebuah pantun yang tular di media sosial.

“Siakap senohong, gelama ikan duri,

Bercakap bohong, lama-lama…”

-Dr Maszlee Malik

Kami akan cuba mendapatkan Wayta Moorthy untuk  melengkapkan pantun tersebut. -TTKM-

maszlee.jpg

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.