KUALA LUMPUR, 16 Dis: Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah akibat dipukul perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.
Menurut laporan Bernama, Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,
Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh” – Kenyataan IJN.
Berikutan perkembangan itu dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

Pada 27 November lalu, Adib dibelasah oleh perusuh yang berang kuil Sri Maha Mariamman diserang oleh sekumpulan lelaki sehari sebelum itu. Video yang tular menunjukkan jentera bomba diserang ketika cuba untuk memadamkan kereta yang dibakar oleh perusuh tersebut.
Pihak kuil kemudian mendakwa bahawa Adib tidak dipukul perusuh sebaliknya beliau cedera parah kerana dilanggar oleh jentera bomba yang mengundurkan kenderaan, dengan merujuk kepada video berikut:
Walaubagaimanapun, beberapa hari selepas itu, bukti video pada sudut yang lain menunjukkan dengan jelas bahawa anggota yang didakwa berada di belakang jentera bomba itu terselamat dan tidak dilanggar:
Pihak bomba kemudian membuat laporan polis menafikan tuduhan yang dilakukan oleh pihak kuil:
Pihak kuil kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf diatas dakwaan tersebut.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf di atas kekeliruan. Saya hanya mahu menunjukkan kebaikan beberapa orang yang bergegas memberikan bantuan kepada anggota bomba, dan bukannya untuk menyebabkan sebarang kekelirian terhadap keseluruhan insiden, atau menuding jari kepada sesiapa. Saya sekali lagi menegaskan bahawa perkara ini tidak pernah menjadi insiden perkauman. Malahan, saya mendoakan anggota bomba (tersebut) setiap hari. “ – S Ramaji.
Menurut laporan Malaysiakini, Adib dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Sementara itu, Utusan melaporkan seramai empat lelaki yang direman kerana dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, dibebaskan pada 10 Disember lepas.

Majistret Nurshahirah Abd. Salim membenarkan dua suspek itu dibebaskan dengan jamin bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumbangan kepada Buletin TTKM
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)