“Guna nama Nabi ‘halalkan’ kegagalan manifesto PH, Khalid biadap!”- Wan Ji

Kuala Lumpur, 16 Dis: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang membandingkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto  dengan Nabi Muhammad.

Menulis di akaun facebooknya, Wan Ji menyifatkan Khalid sebagai biadab apabila cuba “menghalalkan” kelemahan PH dalam perkara  tersebut sambil mengingatkan PAN supaya tidak mengambil DNA PAS yang didakwanya memanipulasi agama.

“Kelemahan diri sendiri, adalah biadap cuba dihalalkan dengan guna nama Nabi.

Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan Manifesto, tiba-tiba Khalid Samad menggunakan alasan, kononnya Nabi gagal menunaikan semua janji adalah tindakan Biadab terhadap Nabi.

Kita berusaha untuk memastikan agama tidak dimanipulasi, maka sebab itu kita melawan PAS. Parti AMANAH Negara tidak perlu mengambil DNA PAS untuk bawa dalam Pakatan Harapan.” – Wan ji Wan Husin.

 

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan itu  berkata  kerajaan tidak dapat menunaikan janji manifesto dengan memberikan alasan Nabi Muhammad juga pernah tidak menunaikan janji, apatah lagi manifesto Pakatan Harapan yang dibuat oleh manusia biasa.

“Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji.

Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat.

Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa,”  –  Khalid Abdul Samad 

 

Selain itu, beliau juga berkata manifesto gagal dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai wang yang cukup.

“Memang kita nak buat, tapi tak boleh, duit tak cukup. Bukan kerana Mat Sabu (Mohamad Sabu) belikan beg tangan Birkin untuk Kak Normah (isteri Mohamad),”  – Khalid Abdul Samad .

Mengulas lanjut, Khalid menjelaskan menteri-menteri sendiri terpaksa mengorbankan gaji dan elaun sebagai langkah penjimatan dengan memberikan alasan hutang RM 1 trillion.

“Menteri sudah potong 10 peratus (gaji), elaun kita dalam parlimen kita dah potong. Banyak lagi kita dah potong. Ada rumah (sekalipun), duduk di kuarters dan potong RM4,000 sebulan. Kerana apa? Nak jimatkan duit. Duit tak ada. BN kata hutang hanya RM600 bilion, tetapi PH kata hutang ialah RM1 trilion. Kalau nak percaya BN, percayalah,”- Khalid Abdul Samad .

 

Tangkap layar portal https://mydeclaration.sprm.gov.my/

Melalui carian di portal perisytiharan harta SPRM, TTKM mendapati pendapatan bulanan yang diiystiharkan Khalid adalah berjumlah sebanyak RM 56,049.40. Jika beliau memotong gaji dan elaun sebanyak 10%, masih boleh bermewah-mewahan dengan baki pendapatan sebanyak RM 50,444.46.

Sejak memenangi PRU 14 lepas, kerajaan Pakatan Harapan didapati gagal menunaikan beberapa janji manifesto termasuk menghapuskan tol serta penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN untuk gaji bawah RM4k,  dengan menggunakan alasan hutang kerajaan RM1 trillion. Atas sebab tersebut, di media sosial Pakatan Harapan diberi jolokan Pakatan Tak Boleh Harap. – TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 


Baca“Nabi pun pernah tak tunai janji, apatah lagi manifesto manusia biasa!” – Khalid Samad.


 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.