Berikut TTKM sediakan transkrip ucapan Khalid Samad sewaktu konvensyen parti Amanah Nasional berhubung dakwaan pelaburan USD400 billion (bersamaan RM1.6 trillion ) oleh individu dari Qatar dalam industri kereta ketiga Malaysia.
“Kereta ketiga. Faham dulu. Private inisiatif. Maknanya bukan nak guna duit kerajaan. Mahathir jumpa dengan Syeikh Qatari daripada Qatar. Orang Qatar datang nak labur. Dia ada 400 billion US dollar. 1.6 trillion (RM) dia nak labur.
Nak suruh dia labur dalam apa? Batik?Bolehlah Sham Ghaz, buka industri batik dengan duit daripada Qatar. Mestilah nak invest dalam industri. Mahathir cakap dengan orang Qatar: ” Kamu ada duit, kami ada kepakaran”.
Kita dalam kabinet kita dah letakkan syarat. Nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan. Kerajaan tak ada duit. Tapi kalau private inisiatif, apa salahnya?
Qatar nak buka kilang buat kereta kat Malaysia, guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia. Takkan kita nak bantah. Kalau dia boleh buat apa salahnya.
Lagi banyak pekerjaan, lagi banyak anu, kita pun ada pengalaman. Jangan ulangi kesilapan lalu.” – Khalid Samad
Video ehsan Kinitv:
-TTKM-