KUALA LUMPUR, 17 Dis: Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.
Pada Ahad ( 16 Dis), IJN mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan Adib adalah kritikal selepas mengalami pemerosotan paru-paru dan fungsi buah pinggang:
“Adib semakin tenat, kritikal” – IJN.
Pada 27 November lalu, Allayarham dibelasah oleh perusuh yang berang kuil Sri Maha Mariamman diserang oleh sekumpulan lelaki sehari sebelum itu. Video tular menunjukkan jentera bomba diserang ketika cuba untuk memadamkan kereta yang dibakar oleh perusuh tersebut.
Pihak kuil kemudian mendakwa bahawa Allahyarham Adib tidak dipukul perusuh sebaliknya beliau cedera parah kerana dilanggar oleh jentera bomba yang mengundurkan kenderaan, dengan merujuk kepada video berikut:
Walaubagaimanapun, beberapa hari selepas itu, bukti video pada sudut yang lain menunjukkan dengan jelas bahawa anggota yang didakwa berada di belakang jentera bomba itu terselamat dan tidak dilanggar:
Pihak kuil kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf diatas dakwaan tersebut.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf di atas kekeliruan. Saya hanya mahu menunjukkan kebaikan beberapa orang yang bergegas memberikan bantuan kepada anggota bomba, dan bukannya untuk menyebabkan sebarang kekelirian terhadap keseluruhan insiden, atau menuding jari kepada sesiapa. Saya sekali lagi menegaskan bahawa perkara ini tidak pernah menjadi insiden perkauman. Malahan, saya mendoakan anggota bomba (tersebut) setiap hari. “ – S Ramaji.
Menurut laporan Malaysiakini, Adib dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Sementara itu, Utusan melaporkan seramai empat lelaki yang direman kerana dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, dibebaskan pada 10 Disember lepas.
Majistret Nurshahirah Abd. Salim membenarkan dua suspek itu dibebaskan dengan jamin bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumbangan kepada Buletin TTKM
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)