Laman FB Waythamoorthy dinyahaktifkan.

Media Sosial, 18 Dis : Laman FB menteri di jabatan Perdana menteri, Waytha Moorthy didapati telah dinyahaktifkan (deactivate) hari ini selepas dikecam oleh netizen.

Perkara tersebut berlaku selepas laman facebook tersebut menukarkan DP kepada wajah Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang meninggal dunia malam semalam akibat dipukul perusuh di hadapan kuil Seafield Sri Mariamman Amman Temple, Subang Jaya

Di bahagian komen hantaran itu, penuh dengan ratusan kecaman dan maki-hamun dari netizen ditujukan kepada menteri terbabit yang turut didesak meletak jawatan.

Untuk rekod, sehari selepas kejadian kuil diserang oleh sekumpulan lelaki, beberapa menteri dan ahli parlimen Pakatan Harapan termasuk Waytha Moorthy mengeluarkan kenyataan bersama mengkritik pihak polis berhubung insiden serangan di kuil.

Kritikan tersebut didakwa menyebabkan kemarahan penganut Hindu yang pada sebelah malamnya merusuh lalu membakar kenderaan, termasuk menyerang jentera bomba dan memukul anggota bomba termasuk Allahyarham Adib.

Walaubagaimanapun, beberapa hari selepas itu Waytha kemudian melakukan pusingan u dan memuji pula pihak polis.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas tindakan pantas PDRM sekali gus telah membawa semula ketenteraman di kawasan sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

“Jaminan polis untuk melaksanakan siasatan menyeluruh dan pesalah terlibat akan dibawa ke muka pengadilan juga amat dihargai demi keselamatan rakyat Malaysia” – Waythamoorthy.

Waythamoorthy sebelum ini merupakan pengerusi kumpulan Hindraf yang turut melakukan jelajah dunia mengutuk diskriminasi terhadap penganut Hindu di Malaysia dengan melakukan tuduhan palsu dan berunsur fitnah.

Video temuramah antara beliau dan agensi berita antarabangsa beberapa tahun dulu berhubung dakwaan itu kembali tular baru-baru ini menyebabkan rakyat mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya memecat menteri tersebut. -TTKM-.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.