July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Typo: FB rasmi MOF padam status lagi.

Media Sosial, 18 Dis: Laman facebook rasmi Kementerian kewangan menjadi bahan troll netizen apabila grafik yang dinaikkan di laman tersebut mengandungi beberapa kesalahan ejaan (typo).

TTKM mendapati tiga typo pada grafik tersebut iaitu:

  1. ‘Memanfaatkan’ dieja sebagai ‘memanmaafkan’
  2. ‘Lantikan’ dieja sebagai ‘lantukan’.
  3. ‘Pegawai’ dieja sebagai ‘pengawai’.

Selain itu, grafik tersebut juga mencampur adukkan Bahasa Kebangsaan dengan bahasa Inggeris iaitu bulan Disember dieja sebagai December. Status tersebut kini telah dipadamkan.

Tangkap layar grafik di laman facebook Kementerian Kewangan.

Kesalahan tersebut telah menyebabkan netizen memberikan pelbagai komen troll yang lucu pada laman facebook kementerian kewangan itu. Berikut merupakan beberapa komen terpilih :

Kiridaren Jayakumar : I can do freelance online editing for RM6/hour. Do PM me.

Hesham Eddine : MEMANFAATKAN bukan MEMANMAAFKAN
LANTIKAN bukan LANTUKAN
PEGAWAI bukan PENGAWAI
DISEMBER bukan DECEMBER dalam poster berbahasa Kebangsaan
X pandai sangat nak tulis dalam BM lain kali tulis dalam Mandarin atau Tamil. Kan senang.
#shameonyou

Mohd AkifLim Guan Eng: tengok staff u ni.. Macamana nak sayangi Malaysia, kalau ejaan pon salah

Abdullah’s Daughter : Memanfaatkan. Memanmaafkan tu ape? Pokok maman?Pengawai tu apa? Dawai kokot ke? Lantukan tu apa? Nak hantuk kepala?

Mohd Faiz Basir : Staff ko org mana ni…. Takkan rakyat malaysia mcm ni….. Sgt memalukan.

Hani Nrdn : Nak maafkan siapa? OI JAGA BAHASA KEBANGSAAN LAH. Tony Pua kau buat ke?

Ida Princess Lly : Dh kenapa ni? taip laju2 sambil berlari ke jamban and post ke cmana?

Benjamin Ali Rifqi : Rosak bahasa. Tak ada rasa bersalah

Hanif Ahmad : Pulissss tolongggg… !!!
memanmaafkan nyer pun bolehh,
Pengawai lantukan kepala bana kauuu
#dewanbahasadanpustaka tolongggg

Mak Ultraman Kosmos : Penat gelak. Hahaha. Dah kenapa aku baca pn mcm bunyi slang cina.HAHAHA. PENGAWAI PENGAWAI LANTUKAN. Hahahaha. Deyyy. Lu olang bkn org malaysia meh? Ejaan pn salah. Nanti uturn lah ni. Pengawai saye tersalah post.

Ini bukan pertama kali laman rasmi facebook Kementerian Kewangan melakukan kesalahan yang memalukan. Pada september lepas, laman facebook tersebut meletakkan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan Hong Kong-TTKM-

Tersilap negara, MOF padam status FB lagi.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: