Kuala Lumpur, 20 Nov: Petisyen untuk mendesak Menteri di jabatan perdana menteri, P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan semakin mendapat sambutan semenjak anggota bomba yang dipercayai dibelasah perusuh, Muhammad Adib meninggal dunia. Setakat hari ini, petisyen tersebut telah mendapat 289,843 tandatangan.
Petisyen itu yang dilancarkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggunakan platform Change.Org. ditujukan kepada perdana menteri, Tun Dr Mahathir, menuntut beliau supaya melucutkan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara.
Berikut merupakan teks penuh petisyen tersebut:
Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:
1) Memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi dalam beberapa bentuk antaranya: perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam; rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.
2) Berkeras mahu meratifikasikan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada kaum Bumiputera
3) Gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial
4) Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial seperti:
- Pernah menyertai perhimpunan haram HINDRAF 2007
- Pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
- Mempunyai kepentingan dengan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Penyelesaian
Oleh yang demikian, kami menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Jabatan di Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS)
Pautan untuk petisyen tersebut boleh diakses di sini : https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohamad-menuntut-perlucutan-jawatan-p-waytha-moorty-sebagai-menteri-di-jabatan-pm-dan-senator-petisyen-ini-digerakkan-oleh-gerakan-pengundi-sedar-gps
Sementara itu, petisyen untuk mengekalkan jawatan Waytha Moorthy pula hanya mendapat 32,627 tandatangan.
Tambah petisyen itu lagi, ia adalah bertujuan untuk “membantu menteri tersebut untuk terus menyambung khidmatnya kepada negara dan melindungi beliau dari fitnah”. – TTKM-
Sumbangan kepada Buletin TTKM
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)