Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan menganjurkan Solidariti Himpunan Suara Ummah “Justice For Adib” di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat ini, 21 Disember 2018 selepas solat Jumaat.
Menurut laman Facebook Gerakan Pembela Ummah, himpunan tersebut dianjurkan atas perasaan duka terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam rusuhan berdekatan sebuah kuil di Subang Jaya sebelum ini dengan bertujuan menuntut menteri perpaduan, Waythamoorthy meletak jawatan.
Kami Gerakan Pembela Ummah -UMMAH menjemput kepada semua NGO dan umat Islam untuk turun bersama-sama ke dataran hadapan Masjid Putra, Putrajaya.
Himpunan Suara UMMAH ‘Justice4Adib’
Pada: 21 Disember 2018 • Jumaat
Masa: Selepas Solat JUMAAT @ 2.00 petang#Justice4Adib
#UMMAHSedangBerduka-Kenyataan Ummah
Ummah sebelum ini berjaya menganjurkan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di dataran merdeka yang menarik ratusan ribu penunjuk perasaan – TTKM-