
Putrajaya , 23 Disember: Satu himpunan untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya bertujuan menyokong menteri perpaduan, P. Waythamoorthy, akan diadakan pada Isnin, 24 Disember ini di bulatan besar pada jam 11 pagi.

Menurut peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, berkata sudah tiba masanya masyarakat sivil untuk bangkit dan memberikan sokongan kepada Waythamoorthy yang telah dijadikan kambing hitam oleh “sekumpulan orang yang tidak bertanggung jawab”.
“Seperti yang kita tahu, Menteri Perpaduan (P. Waythamoorthy) telah dijadikan kambing hitam oleh sekumpulan orang yang tidak bertanggung jawab. Saya fikir telah tiba masanya kita, masyarakat sivil untuk bangkit pada majlis tersebut dengan memberikan sokongan kepada beliau dan kerajaan semasa. ” – Siti Kasim
Beliau berkata demikian pada satu hantaran di facebooknya.
Terdahulu, pada satu artikel yang diterbitkan portal The Star, Siti Kasim kecewa dengan tindakan pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menghantar memorandum mendesak Perdana Menteri supaya melucutkan jawatan menteri perpaduan, P. Waythamoorthy berhubung dengan kematian anggota bomba, Muhammad Adib yang didakwa dibelasah oleh perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya,bulan lepas.
Isu Kuil Seafield: “Kenapa tak desak Menteri Belia dan Sukan letak jawatan?” – Siti Kasim.
Siti Kasim bertambah kecewa apabila berkata pemuda Bersatu yang diketuai oleh Syed Saddiq itu, sepatutnya berminda terbuka dan berfikiran kritikal pada umurnya yang muda.
“Pemuda Bersatu yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, pada umur 20 an, sepatutnya berminda terbuka dan berfikiran kritikal. Kekecewaan yang mutlak” – Siti Kasim.
Beliau turut mempertahankan menteri perpaduan, Waythamoorthy selain mempersoalkan mengapa tiada pula desakan untuk Syed Saddiq meletak jawatan kerana gagal mengawal pemuda yang didakwa berbangsa Melayu yang menyerang kuil terbabit.
“Mereka yang melaungkan darah dan mengkambing-hitamkam menteri perpaduan ( P. Waythamoorthy ) seolah-olah mudah lupa bahawa penyerang penganut hindu yang tidak bersalah di kuil Seafield, yang menyebabkan rusuhan berlaku pada pertama kali, adalah samseng yang didakwa Melayu.
Jadi kenapa tiada desakan untuk Menteri Belia (Syed Saddiq) meletak jawatan, yang tidak dapat mengawal belia yang didakwa Melayu itu yang menyerang kuil? Di manakan kemarahan oleh pembela keadilan ini untuk para penganut hindu yang turut dibahaya dan dicederakan?”– Siti Kasim.
-TTKM-
Leave a Reply