Himpunan serah memo sokong Waytha dihadiri 50 orang, diketuai Siti Kasim.

Penyokong Wayhamoorthy berhimpun di hadapan JPM bagi menyerahkan memorandum menyokong menteri perpaduan tersebut. Gambar dari FB Siti Kasim

Putrajaya, 24 Disember: Peguam dan aktivis Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim hari ini memimpin sekumpulan 50 orang untuk menyerahkan suatu memorandum menyokong Menteri Perpaduan P Waythamoorthy di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.

Siti mendakwa sebanyak 211 NGO telah menandatangani memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu bagi menunjukkan dukungan mereka terhadap menteri di JPM itu, lapor Malaysiakini.

 

Memorandum sokongan itu mendakwa Waytha telah dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kejadian rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Memorandum itu diserahkan kepada setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya kira-kira 11.30 pagi.

Pada sidang akhbar, Siti Kasim turut mengkritik  Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Mereka (para menteri) bukan orang bodoh kecuali mungkin ada seorang yang tidak selari dengan menteri lain.

“Dia sepatutnya menjadi menteri bagi semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk Bersatu dan Armada (pemuda Bersatu). Ini bukan mengenai parti politik dia. Ada orang menghantar saya pesanan teks dan mengatakan betapa mereka cukup kecewa (dengan Syed Saddiq).

Para pengundi Saddiq terutamanya bukan Melayu dan dia telah mengecewakan ramai orang,” – Siti Kasim.

Siti Kasim turut menambah bahawa Syed Saddiq telah berubah menjadi  sombong.

Dalam kenyataannya di Facebook dua hari lalu, Syed Saddiq berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan jika gesaannya supaya Waythamoorthy meletak jawatan dianggap salah.

Anggota parlimen Muar itu bertegas tidak berada dalam politik secara “bermain selamat” atau menjadi “pak turut.”

Syed Saddiq juga berkata beliau tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan fikirannya

Video ehsan KiniTV:

Terdahulu, pada satu artikel yang diterbitkan portal The Star, Siti Kasim kecewa dengan tindakan pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menghantar memorandum mendesak Perdana Menteri supaya melucutkan jawatan menteri perpaduan, P. Waythamoorthy berhubung dengan kematian anggota bomba, Muhammad Adib yang didakwa dibelasah oleh perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya,bulan lepas.

Siti Kasim turut bertambah kecewa apabila berkata pemuda Bersatu yang diketuai oleh Syed Saddiq itu, sepatutnya berminda terbuka dan berfikiran kritikal pada umurnya yang muda.

“Pemuda Bersatu yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, pada umur 20 an, sepatutnya berminda terbuka dan berfikiran kritikal. Kekecewaan yang mutlak” – Siti Kasim.

Beliau juga mempertahankan menteri perpaduan, Waythamoorthy selain mempersoalkan mengapa tiada pula desakan untuk Syed Saddiq meletak jawatan kerana gagal mengawal pemuda yang didakwa berbangsa Melayu yang menyerang kuil terbabit.

“Mereka yang melaungkan darah dan mengkambing-hitamkam menteri perpaduan ( P. Waythamoorthy ) seolah-olah mudah lupa bahawa penyerang penganut hindu yang tidak bersalah di kuil Seafield, yang menyebabkan rusuhan berlaku pada pertama kali, adalah samseng yang didakwa Melayu.

Jadi kenapa tiada desakan untuk Menteri Belia (Syed Saddiq) meletak jawatan, yang tidak dapat mengawal belia yang didakwa Melayu itu yang menyerang kuil? Di manakan kemarahan oleh pembela keadilan ini untuk para penganut hindu yang turut dibahaya dan dicederakan?”– Siti Kasim.

-TTKM-

1 thought on “Himpunan serah memo sokong Waytha dihadiri 50 orang, diketuai Siti Kasim.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: