Warkah adinda kekanda: “Saya seronok baca komen”- Mujahid

Media Sosial, 26 Dis : Menteri agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa seronok membaca komen netizen berhubung warkah beliau kepada Nurul Izzah yang mula tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata demikian pada satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua. Terima kasih atas teguran semua. – Mujahid

Walaulaubagaimanapun, beliau memohon supaya isi kandungan suratnya itu dihayati buat generasi muda.

“Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui.” – Mujahid.

Di media sosial, netizen mentroll menteri tersebut bertubi-tubi dengan pelbagai meme, antaranya:

Bekas perdana menteri, Najib Razak turut menaikkan dua hantaran memerli Mujahid.

Semalam, Mujahid menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah berhubung tindakan “puteri reformasi” tersebut meletakkan jawatannya sebagai naib presiden PKR dan jawatan dalam kerajaan.

Dalam surat tersebut, beliau menggunakan kata ganti diri “kekanda” untuk dirinya manakala untuk Nurul Izzah, “adinda”. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: