Warkah dinda kanda kepada Nurul Izzah: Mujahid ditroll netizen termasuk Najib.

bottle

Media sosial, 26 Dis : Akibat menulis warkah adinda kekanda yang panjang berjela-jela Nurul Izzah, menteri agama, Mujahid Yusof Rawa ditroll bertubi-tubi oleh netizen termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak.

Pelbagai meme dikongsikan oleh netizen kurang 24 jam warkah tersebut dinaikkan menteri tersebut di laman Facebook miliknya.

Berikut merupakan beberapa meme yang tular:

Bekas perdana menteri, Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby turut tidak melepaskan peluang untuk mentroll Mujahid.

Lepas baca warkah Cordova. ‘Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda.’ Drama. Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang,” – Najib Razak.

Semenjak kalah pada PRU14 lepas, Jibby semakin giat mengkritik kerajaan dalam nada troll menggunakan Facebook beliau. Posting beliau mendapat sambutan hangat netizen sehinggakan Rafizi Ramli turut memuji kebolehan Jibby menggunakan platform media sosial tersebut.

Semalam, Mujahid menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah berhubung tindakan “puteri reformasi” tersebut meletakkan jawatannya sebagai naib presiden PKR dan jawatan dalam kerajaan.

Dalam surat tersebut, beliau menggunakan kata ganti diri “kekanda” untuk dirinya manakala untuk Nurul Izzah, adinda. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.