2019: Tiada hapus tol, cuma kenaikan kadar tol dibekukan.

bottle

Petaling Jaya, 27 Dis- Kena ‘kencing’ lagi. Rakyat yang berharap tol dihapuskan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan, kini kecewa apabila perkara tersebut tidak dapat ditunaikan untuk tahun 2019.

KERAJAAN cuma memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara pada tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng atau lebih dikenali sebagai Nobita berkata, pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM994.43 juta.

Beliau berkata, Jemaah Menteri pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019.

“Ia adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November lalu yang hanya membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan.

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol berkenaan membabitkan 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di 8 lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor,” – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng berkata demikian dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Katanya, pembekuan komprehensif ini kononnya berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup dipikul rakyat.

Guan Eng berkata, kerajaan menganggarkan pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya membabitkan kos bayaran pampasan sekitar RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

“Manakala, pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor pula membabitkan bayaran pampasan sebanyak RM20 juta setahun,” – Lim Guan Eng

Untuk rekod, pada 2017, Lim Guan Eng yang pada ketika itu merupakan ketua menteri Pulau Pinang berkata Pakatan Harapan berhasrat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya memenangi PRU14.

Katanya lagi, mengikut perjanjian asal konsesi tol Jambatan Pertama Pulau Pinang sepatutnya tamat pada 2018, tetapi Kerajaan Pusat melanjutkan selama 20 tahun lagi sehingga 2038.

Tambah Guan Eng, perjanjian konsesi tol Lebuhraya Utara-Selatan yang sepatutnya tamat pada tahun 2018 turut dilanjutkan tempoh selama 20 tahun lagi, walhal hasil kutipan tol sehingga 31 Disember 2015 sejumlah RM36.3 bilion berbanding kos pembinaan sebenar lebuh raya sepanjang 986.5 kilometer (km) itu hanya RM5.9 bilion.

“Kena menang di Putrajaya, baru ada kuasa untuk melakukannya, menang Kerajaan Negeri sahaja tak cukup kuasa untuk menghapuskan tol..”- Lim Guan Eng.

Semenjak memenangi PRU14 lepas, beberapa janji manifesto Pakatan Harapan tidak dapat ditunaikan dengan menggunakan alasan hutang negara mencecah RM 1 trilion.

Ditanya oleh wartawan mengenai perkara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukanlah kitab suci yang wajib ditunaikan. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.