Siti Kasim beri amaran kepada penyebar gambar: “Tunggu tindakan saya selanjutnya!”

Gambar kredit facebook Siti Kasim.
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap individu dan mereka yang telah menyebarkan gambar beliau memegang seekor anjing berbulu putih lidah terjelir dengan komen yang menurutnya telah diubah suai.
Gambar tersebut tular di media sosial sejak seminggu lepas.
Pada hantaran beliau hari ini di facebooknya, Siti Kasim mendakwa individu yang mengubah suai gambar tersebut bernama Bahalqram Abu Bakar, tetapi  individu itu menggunakan akaun  bernama “Lanun_Perosak” dalam komen yang diubah suai.
Siti Kasim turut berkongsikan tangkap layar gambar yang telah ditularkan oleh laman Oh My Media.
Tangkap layar laman FB Oh My Media

Selain itu, beliau turut menyertakan gambar Bahalqram Abu Bakar yang diambil dari facebook.

Tangkap layar gambar profil akaun Bahalqram yang dikongsikan Siti Kasim

Berikut merupakan kenyataan penuh Siti Kasim:

“Bahalqram Abu Bakar or Lanun Perosak – CEASE AND DESIST. I was informed that this photo of mine was photoshopped by the above person who then viralled it via social media. I have since gathered all information, thanks to a certain angel, and I’m giving a warning to this boy particularly and all that are sharing this photo generally, to wait for my further action.” – Siti Kasim.

Terjemahan oleh TTKM:

“Bahalqram Abu Bakar atau Lanun Perosak. CEASE AND DESIST. Saya dimaklumkan bahawa gambar saya ini telah diubah suai oleh individu berkenaan yang kemudian menularkannya melalui media sosial.  Saya telah mengumpul semua maklumat, terima kasih kepada beberapa insan mulia, dan saya memberi peringatan kepada budak lelaki ini terutamanya dan semua yang berkongsi foto ini secara amnya, untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada saya,” – Siti Kasim. 

Hasil carian TTKM, kami mendapati gambar asal Siti Kasim memegang anjing berbulu putih yang terjelir lidahnya itu tidak dipadamkan oleh Siti, malah ia merupakan gambar lama yang dimuat naik di akaun miliknya pada 6 Ogos 2018. Kami mendapati tiada komen seperti yang diberikan oleh Lanun_Perosak pada gambar asal tersebut. – TTKM-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217132782494486&set=pb.1317155576.-2207520000.1545980198.&type=3&theater

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.