Kalah pemilihan, Rafizi dilantik Anwar jadi naib presiden.

KUALA LUMPUR: Walaupun kalah pada Azmin Ali di pemilihan Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam dilantik sebagai Naib Presiden PKR dalam barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang baharu bagi sesi 2018-2021.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju sebagai Naib Presiden yang masing-masing mewakili Sabah dan Sarawak, lapor Berita Harian.

Pelantikan itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan di Facebook (FB) rasmi PKR malam tadi.

Menurut Anwar, MPP PKR yang bermesyuarat semalam antara lain turut membincangkan pelantikan jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Pelantikan ini melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh pelusuk negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita yang merupakan kekuatan KEADILAN.

“Diharapkan mereka dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia Baharu ini,” – Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebanyak 24 jawatan lantikan dalam PKR akan diputuskan selepas Anwar selesai mengadakan sesi libat urus dengan pemimpin peringkat negeri dan cabang.

Berdasarkan perlembagaan parti, empat naib presiden dipilih oleh ahli melalui pemilihan manakala tiga lagi dilantik oleh presiden.

Selain itu, presiden juga diberi kuasa melantik tujuh anggota MPP, seorang setiausaha agung, seorang ketua penerangan, seorang bendahari dan 14 pengerusi negeri.

PELANTIKAN MPP PKR 2018-2021

Naib Presiden (Lantikan): Rafizi Ramli

Naib Presiden (Lantikan): Chang Lih Kang

Naib Presiden (Lantikan) (Sabah/Sarawak): Ali Biju

Setiausaha Agung: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Bendahari Agung: Lee Chean Chung

Ketua Penerangan: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Setiausaha Pengelola:Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli MPP (Lantikan): Lee Khai Loon

Ahli MPP (Lantikan): Faisal Sanusi

Ahli MPP (Lantikan):Syed Ibrahim Syed Noh

Ahli MPP (Lantikan): Rayyan Abdul Rahim

Ahli MPP (Lantikan): Raymond Ahuar

Ahli MPP (Lantikan): Kesavan Subramaniam

Pengarah Strategi: Datuk Mansor Othman

Pengarah Komunikasi:Fahmi Fadzil

Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Dr R Santhara Kumar

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin

Timbalan Ketua Penerangan: Manivanan Gowin

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.