RON 95/97 turun 27 sen, komisen pengusaha stesen naik

Harga runcit pertol RON95 diturunkan daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter manakala RON97 diturunkan daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit diesel pula akan diturunkan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan harga itu adalah bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019. Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini,” – Lim Guan Eng. 

Menurut Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

Sementara itu, komisen pengusaha minyak untuk RON95 dan Diesel pula dinaikkan.

“Sehubungan ini, Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel. Ini merupakan kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi petrol dan 3 sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa. Kali terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008,” – Lim Guan Eng. 

Sebelum ini, bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa kerajaan mengutip cukai 30 sen seliter minyak ekoran penurunan harga minyak global.

“Sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95.

Harga sebenar petrol RON95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan dahulu berbanding harga RM2.20 sekarang.

Kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta dari penjualan RON95 setiap minggu dari rakyat.” – Najib Razak. 

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version