Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
Anak menteri positif dadah dicekup polis.

KUALA LUMPUR, 5 Jan- Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang menteri ditahan polis selepas didapati positif dadah ketika berada di sebuah pusat hiburan di ibu negara, tengah malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam serbuan berkenaan, anak menteri tersebut adalah salah seorang dari 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.

Sinar Harian memetik sumber yang mengatakan, dalam pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Salah seorang daripada yang ditahan merupakan anak kepada seorang menteri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut

. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: