Komen jelik pekerja terhadap bekas Agong: Netizen serang laman FB Cisco Asia.

Media Sosial, 7 Jan: Berang dengan komen jelik seorang lelaki terhadap bekas Yang Di Pertuan Agong, netizen dari Malaysia telah menyerang laman facebook Cisco Asean, syarikat di mana lelaki tersebut didakwa bekerja.

Netizen turut memberikan rating  1 bintang bertubi-tubi kepada laman tersebut menyebabkan rating keseluruhannya jatuh kepada 1.5 bintang. Atas sebab itu,  laman FB tersebut terpaksa menutup ruangan ‘review’nya.

1.5 bintang.PNG

Setakat berita ini ditulis, sejumlah 1700 netizen  memberikan komen pada hantaran laman  tersebut antara lain menuntut tindakan diambil terhadap pekerja itu.

Berikut merupakan beberapa komen terpilih:

“Dear CISCO,  One of your staff from malaysia eric liew have just said that the yang dipertuan agong of malaysia, lead of federal Monarchy, a fornicater. That is unprofessional, unethical and uncalled for. 
Hope you take stern action before malaysian revolt against your great brand name.”Syed Agil Jamalullail

“Agung tak terlibat dgn politik kepartian. X payah lah dok hina caci dia. Tangkap si pencaci Raja ni”Ibnu Sulaiman Akhlaken

” Kau baru tahu macam mana netizen Malaysia ni bila bersatu membawang wahai Eric Lew. Sampai page company kau pun kami serang. Masaklah kau anjirrr.”Ariff Jim’s

” You wont survive if you are in Thailand….respect the Agong (King) all race living and declare Malaysia as their home should respect him…the Agong is not exclusive to Malay but also chinese, indian and other…if you cant respect and the constitution find other country to feed your arogant…i dont think china will make you as their citizen…lucky you been born as 3-4 generation in Malaysia but shame…we as a Malaysia citizen wont reconize you as a brother….all chinese brother, this kind of person not represent you all but please learn the history and learn the value of Malaysia…feel sad with this brother…-“  Adam Adam

“Your staff Mr Eric Liew insulted our King and our Ruler..we will report to the Police and will boycott your company and will ensure it”Idi Fazlul FZ 

” Kami dengan kuasa bawang kami sehingga kami menerima surat pemecatan ke atas salah seorang staff kamu iaitu eric liew maka kami akan stop membawang. Please take action” – Habibol Lotfie

“Dear Cisco, please show us your social responsibility and respect to our YDPA by sacking your rude staff. He totally does not deserve to live in this tanah melayu.” – Safinaz Yusuf 

“Sack your malaysian staff staff eric liew cisco. You dont need bigots in your organisation. It reflects badly on you as an international organisation” Heazar B Ismail

Admin laman Cisco Asean tersebut kemudian menyatakan akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu ini sambil menyatakan ia telah pun dilanjutkan ke bahagian Cisco Malaysia.

“Hi everyone, this issue has been brought to our attention and we have passed the message on to the Malaysian team. We will be investigating this matter and will take appropriate action.” – laman FB Cisco Asean 

cisco.PNG

Terdahulu, Eric Liew didakwa memberikan komen jelik terhadap bekas YDP Agong berhubung perletakan jawatannya sebagai Agong.

1 (1).jpg

Tangkap layar komen beliau itu menjadi tular di media sosial menyebabkan beliau tampil memohon maaf.

50079598_2515329211827752_222890905533677568_n.jpg

Walau bagaimanapun, TTKM mendapati akaun FB Eric Liew kini tidak dapat diakses, kemungkinan besar telah dinyah aktifkan.

Memberikan komen jelik di media sosial boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Seksyen 233 jika disabitkan  boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berjanji akan meminda peruntukan akta tersebut yang mendakwa ia adalah zalim.

Setelah 6 bulan menjadi kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa.

Sebelum ini, seorang pekerja Honda telah memberikan komen yang jelik memperlekehkan Tuhan dan menghina arwah Adib di media sosial.

Baca : Perlekeh Tuhan dan kematian Adib, kakitangan Honda dipecat serta-merta.

Netizen selepas itu menyerang laman FB Honda berhubung perkara itu serta menuntut supaya pekerja tersebut dipecat. Honda kemudian akur dan akhirnya memecat pekerja tersebut serta merta seminggu selepas insiden- TTKM –

Sumbangan kepada Buletin TTKM.

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.