3 individu hina bekas Agong ditahan bawah akta hasutan

Kuala Lumpur, 9 Jan : Tiga individu ditahan dibawah akta hasutan berhubung komen menghina terhadap bekas Agong, Sultan Kelantan.

Komen di Twitter yang menghina bekas Agong.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Mohamad Fuzi, ketiga-tiga mereka menaikkan komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berhubung isu perletakan jawatan baginda sebagai yang di Pertuan Agong XV.

Mereka adalah Eric Liew, Azham Akhtar dan Nor Alia.

Terdahulu, Eric Liew telah dipecat dari syarikat di mana beliau bekerja manakala Azham pula digantungkan kerja. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version