May 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Hina bekas Agong: Doktor Klinik Mediviron letak jawatan serta-merta

Kuala Lumpur, 9 Jan:  Seorang doktor yang menaikkan komen menghina bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di media sosial meletakkan jawatan sebagai doktor di Klinik Mediviron di Kajang, serta-merta.

Doktor terbabit juga memohon maaf di akaun Facebook peribadinya, menurut Klinik Mediviron dalam kenyataan semalam.

Kenyataan tersebut disiarkan selepas isu itu menjadi tular dan dikecam warga internet selain mengugut akan memboikot klinik tersebut sekiranya tiada tindakan diambil terhadap doktor terbabit.

Mediviron, yang mempunyai beberapa klinik cawangan di seluruh negara, menyatakan kekesalan mereka dengan komen doktor yang bekerja di premis tersebut.

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: