Kuala Lumpur, 9 Jan: Seorang doktor yang menaikkan komen menghina bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di media sosial meletakkan jawatan sebagai doktor di Klinik Mediviron di Kajang, serta-merta.
Doktor terbabit juga memohon maaf di akaun Facebook peribadinya, menurut Klinik Mediviron dalam kenyataan semalam.
Kenyataan tersebut disiarkan selepas isu itu menjadi tular dan dikecam warga internet selain mengugut akan memboikot klinik tersebut sekiranya tiada tindakan diambil terhadap doktor terbabit.
Mediviron, yang mempunyai beberapa klinik cawangan di seluruh negara, menyatakan kekesalan mereka dengan komen doktor yang bekerja di premis tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, komen yang dikeluarkan itu tidak mencerminkan pendapat kakitangan dan pengurusan kumpulan klinik itu, sambil menekankan prinsip rukun negara termasuk kesetiaan kepada raja dan negara.
Sejak Sultan Muhammad V meletakkan jawatan beberapa hari lalu, beberapa warga internet mengeluarkan komen secara terbuka menghina baginda. Terkini, tiga individu ditahan atas akta hasutan petang tadi berhubung isu tersebut- TTKM-