Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Lelaki pukul juruwang wanita diburu polis

1 min read

GEORGE TOWN: Polis kini memburu lelaki yang memukul seorang juruwang wanita selepas diberitahu tidak dibenarkan membeli tiga paket minyak masak kerana had pembelian untuk seorang pelanggan hanyalah dua paket.

The Star melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 8.40 pagi, Selasa Jan 8 di mini market di Bayan Lepas.

Video dimana lelaki tersebut memukul wanita itu dirakamkan oleh CCTV kini tular di media sosial.

Menurut OCPD Balik Pulau, Supt A. Anbalagan, polis sudah mengenal pasti suspek yang memukul juruwang wanita berumur 29 tahun itu.

“Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang. Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek” – Supt A. Anbalagan
Sementara itu, video baru muncul dimana mangsa tampil memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai insiden terbabit. Menurut beliau, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya.  – TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: