Adun Semenyih meninggal dunia.

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB?) Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang.

Menurut laporan Awani, beliau dipercayai meninggal dunia akibat daripada serangan jantung.

Perkara tereebut dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar menang kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).

Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: