Isu ugut Tok Batin: FB Bob Manolan diserang netizen.

Media Sosial, 12 Jan: Laman facebook senator PKR Perak, Bob Manolan Mohamad diserang oleh netizen gara-gara berang dengan kenyataan beliau menegakkan benang basah dalam isu memberi ugutan kepada tok batin orang asli, di Cameron Highland.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata bahawa Tok Batin  akan kehilangan kerja sekiranya mereka tidak memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Setakat berita ini ditulis, kenyataan senator PKR itu  yang dimuat naik di laman facebooknya mendapat 1700 komen netizen yang  rata-ratanya mengutuk beliau dan menuntut PKR supaya melucutkan jawatannya.

Kenyataan tersebut dibalas oleh portal Malaysiakini dengan menaikkan audio rakaman ucapan beliau yang jelas mengandungi ugutan terhadap tok batin.

 

Berikut merupakan beberapa komen terpilih netizen:

Zamri Hamzah :Letak jawatan je la.. alasan tak boleh pakai.. kalau tak bawangrian serang akaun fb kau tanpa henti. Hahaha

Khalid Mohd Ismath: Senator, awak ni dilantik pun sebab bodek je. politik zero. kerja bodek pemimpin je sebab tu dpt jadi senator. bukan sebab layak dan diundi. tok batin tu diundi. mendapat mandat komuniti. lebih mulia berbanding awak. bangang.

Wahidah Zakaria :“conflict of interest” ???? Whatt???😆😆😆😂
Halllooo duit gaji tok batin duit rakyat yg bayar cukai la weii… Diorang berhak dibayar gaji walaupun tak undi PH… Samalah macam kakitangan awam yg tak sokong BN.. Tetap kena dapat gaji juga. Seriously.. Hangpa silap lantik la dia ni sbg senator.. Orang biasa pun boleh fikir la benda ni. Kenapalah PH dipenuhi menteri2 dan lantikan yg mcm ni?

Sairiey Muhd :Bodoh, Gaji Tok Batin Bukan Dari Duit Bapak Ko… Bangang Punya Senator.

Pluto Rce :Ada rakaman suara pom ko masih xnak mengaku lg..nk spin2 menipu lg

Hilmi Muhamat :Nama pun undi suka hati pengundi la nk pilih sape. Kau pun lantikan politik juga dasar xsedar diri

Tajul Rijal Annuar :Duit kerajaan tu duit cukai aku tau tak. Bukan duit parti. – hujah mahacai before pru14.Sekarang rupanya jadi bangang.

Mohd Zubir Mohd Zubir :Dulu masa BN memerintah, Tok Batin, Penjawat awam, Guru2 dan mcm2 lg elok je pegang jawatan dalam PARTI LAIN, disamping menerima GAJI atau ELAUN dari Kerajaan. Elok je.. takde masalah pun… Siap mengundi jatuhkan BN lg dlm pru.

Romi Ismar Muhammad :Kau ingat tok batin smua lapar duit kau ke?sedar diri ko tu sikit,duit yg byr elaun tok batin tu pun bukan duit bapak engkau yg punya apetah lagi duit atok kau..tu duit cukai rakyat yg byr. #ShameOnYou

Untuk rekod, orang Asli membentuk 22 peratus pengundi di kawasan parlimen Cameron Highlands dan berupaya menjadi penentu pemenang pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 26 Januari ini. – TTKM.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: