U-turn lagi: Operasi UTC dilanjutkan semula

Putrajaya, 12 Jan: Kerajaan Pakatan Harapan melakukan pusingan-U buat sekian kali apabila mengumumkan operasi di tujuh Pusat Transformasi Bandar (UTC) dalam pusat beli-belah seluruh negara akan dilanjutkan semula sehingga jam 10 malam bermula 22 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan pindaan waktu operasi itu diputuskan selepas menerima maklum balas daripada orang awam yang memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dilewatkan sehingga 10.00 malam.

This slideshow requires JavaScript.

Menurut kenyataan itu lagi, tujuh UTC itu membabitkan UTC Shah Alam di Selangor; UTC Keramat di Kuala Lumpur; UTC Seremban, Negeri Sembilan; UTC Alor Setar, Kedah; UTC Johor Baru, Johor; UTC Kota Bharu, Kelantan dan UTC Kuala Terengganu di Terengganu.

Semua tujuh UTC terbabit akan beroperasi mulai jam 1 tengah hari hingga 10 malam pada hari bekerja manakala jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari minggu.

Manakala waktu operasi UTC di lokasi-lokasi lain di seluruh negara turut dipinda dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan.

“Namun begitu, UTC tetap beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.

“Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga,” 

-Kenyataan Kementerian Kewangan.

Pengumuman sebelum ini menyatakan UTC di seluruh negara tidak lagi beroperasi sehingga jam 10 malam seperti kebiasaan, sebaliknya hanya dari jam 8 pagi hingga 7 petang, bermula 1 Januari lalu sebagai langkah penjimatan.

utc operasi.jpg

Pengumuman itu dikritik semua pihak termasuk bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak.

Tanya sedikit, berapa ramai di sini pernah guna perkhidmatan UTC? 

Nak buat kad pengenalan senang, nak buat passport baru boleh. 

Ya, kamilah yang mengilhamkan UTC, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

Dari awal pagi hingga 10 malam setiap hari.

Kenapa 10 malam? Masa itu kami tahu ramai yang bekerja kadang-kadang tidak dapat pengecualian dari majikan untuk urusan peribadi.

Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja.

Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

Baguslah. Dari memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

Baik tutup saja UTC – Najib Razak. 

Semenjak memenangi PRU 14 yang lepas, kerajaan baru Pakatan Harapan kerap melakukan pusingan-U dalam beberapa keputusan kerajaan – TTKM – Bantu Buletin TTKM dengan sumbangan:

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.