Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Oleh : Ahlis At Tontowi

“Tengoklah melayu-melayu itu. Kata akidah kuat. Dengan lambang salib pun goyang ka? Dia tak tau ka bangunan satelit KLIA pun lambang salib. Itu skru phillips pun lambang salib. Kah kah kah bodoh punya melayu!” Kata Ah Chong kepada teman wanitanya, Mary yang beliau bawa ke hotel untuk pendaftaran masuk.

Mary adalah minah saleh yang Ah Chong kenali sewaktu beliau berkursus di United Kingdom dua bulan lepas. Sejak itu mereka berpacaran.

“Boleh tempah satu bilik?” Tanya Ah Chong kepada gadis resepsi melayu yang comel.

“Ada encik. Cuma RM200 satu malam termasuk deposit”

“Ok. Boleh saya daftar masuk?”

“Boleh. Minta kad pengenalan encik?”

Ah Chong menghulurkan kad pengenalan dengan beserta wang kertas RM50 empat helai.

Dia mengenyitkan matanya kepada Mary di sebelah kanannya. Mary membalasnya dengan senyuman manja.

Ah Chong menelan air liur.

“Ini kuncinya encik.”

“Tingkat berapa ya?”

“Tingkat 4”

“Apa? Aiya mana boleh ini macam! Ini malam banyak ong jangan bagi saya tingkat 4! Tingkat lain tak ada ka?”

“Apa salahnya dengan tingkat 4?” Tanya Mary kepada teman lelakinya yang tiba-tiba bertukar mood marah meluap-luap itu.

“4 dalam bahasa saya bermaksud “sei!” Atau mati! Ini banyak suwey!”

“Eh, tadi bukankah awak kata melayu yang akidahnya goyang dengan lambang salib? Awak baru dengar nombor 4 pun dah mengalahkan melayu nampak salib! Kenapa? “Akidah” awak goyangkah?” Tanya Mary.

Ah Chong kemudian berlalu pergi ke bahagian drop off meninggalkan Mary kebingungan lalu menghidupkan api rokok.

“Maaf encik. Tempat ini tidak boleh merokok. Sila tandatangan di sini untuk terima saman” kata pegawai kesihatan yang muncul dari belakang tiang.

“Aiya!! Sei lor” Ah Chong berhuhu. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: