Mat Sabu datang naik helikopter, tak nak claim duit minyak ke?- Najib Razak

Cameron Highland, 15 Januari: Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby meneruskan serangan troll beliau kepada jentera kempen Pakatan Harapan.

Menulis di akaun facebooknya, Jibby mempersoalkan kedatangan menteri pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ke majlis penamaan calon DAP dengan menaiki helikopter kerajaan.

Jibby turut menyunting artikel yang dinaikkan di portal berita DAP, Roket Kini, pada 23 April 2018 yang bertajuk “BN perlu berhenti salah guna jentera kerajaan bagi kempen politik” dengan menukarkan perkataan BN kepada PH.

Dengan sinis, Jibby turut meminta Mat Sabu supaya jangan malu untuk meminta duit belanja minyak helikopter dari Lim Kit Siang sambil mengakhiri postingnya dengan tanda pagar #maluapabossku

Sebelum PRU14, DAP dan BERSIH sering menuduh kerajaan BN dahulu menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan pilihanraya.
Mereka kata ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang SPR.
Gambar-gambar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada hari Sabtu dan menerima pelbagai kritikan orangramai. Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang telah dirancang awal.
Tetapi pada hari yang sama pula, Mat Sabu dinampak hadir semasa proses penamaan calon untuk Pilihanraya kecil Cameron Highlands untuk memberi sokongan kepada calon PH dari parti DAP.Sejak bila proses penamaan calon parti DAP sudah menjadi urusan rasmi Kementerian Pertahanan?
DAP dan BERSIH tak nampak? Masih bisu?
Atau Mat Sabu akan claim duit minyak untuk helikopter dari DAP nanti?
Mat Sabu jangan malu nak claim dari Kit Siang.
#maluapabossku

-Najib Razak. 

Beberapa hari lepas,  gambar seorang wanita berambut karat memakai baju merah berlogo Pakatan Harapan mengedarkan wang kepada orang asli di Cameron Highland telah menjadi tular.

Kelmarin, Lim Kit Siang mengakui wang RM20 yang diedarkan kepada 60 penunggang motorsikal orang asli pada hari penamaan calon itu merupakan duit minyak.

Semenjak kalah pada PRU14 lepas, Jibby semakin kuat mengkritik kerajaan Pakatan HArapan dengan nada sinis dan troll melalui akaun facebooknya yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut.- TTKM-

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version