Bukan mudah baiki sistem 60 tahun tinggalan BN, PH baru 8 bulan!- TPM

Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri, gambar dari The Star.

Permatang Pauh, 3 Mac: Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan BN terdahulu.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata usaha itu akan mengambil masa dan ini ditambah dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta…hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap. Kita (kerajaan PH) baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse (alasan). Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat,” – Wan Azizah.

Kerajaan lemah kerana ramai menteri kabinet muka baru. 

Dr Wan Azizah yang juga pesiden PH turut mengakui kerajaan baru PH mempunyai kelemahan berikutan kebanyakan barisan kabinet adalah muka baru yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara.

“Kerajaan ada kelemahan memang saya akui, kita tidak ‘perfect’ (sempurna). Saya sendiri akui sebab (anggota) kabinet semua muka baru. Yang lama pun (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng dan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada pengalaman mentadbir negeri. (Menteri) hat (yang) lain semua muka baru. Kami perlu realistik. Bagaimanapun kita akan cuba betulkan keadaan,” – Wan Azizah.

Untuk rekod, pada Julai 2017, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan  bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Laporan FMT, July 26, 2017 .

Walau bagaimanapun, ketika itu  Azizah berkata ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Biar kita menang dahulu, menang pilihan raya dahulu. Kita akan siasat semuanya, seperti 1MDB. Kenapa kerajaan kini hanya fokus kepada isu forex setelah sekian lama.

“Kita akan buat apa yang negara perlukan. Mahathir sendiri ada nyatakan mengenai siasatan bebas. Saya setuju lakukannya,” – Wan Azizah.

Kini selepas hampir 9 bulan PH memenangi PRU 14, janji Wan Azizah bertukar menjadi janji dicapati apabila beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir sendiri yang kini menjadi perdana menteri semula. – TTKM-


Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

– 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.