PTPTN : Bayar balik atau pelajar baharu tidak dapat!- Wan Saiful

Kangar, 3 Mac: PENGERUSI Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan meminta peminjam PTPTN menjelaskan pinjaman mereka supaya wang berkenaan boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu.

Beliau berkata, kegagalan peminjam membayar balik pinjaman mungkin akan menjejaskan peluang pelajar yang baharu memasuki institusi pengajian tinggi mendapat bantuan agensi itu, lapor Harian Metro.

“Sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lalu, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion. Jika seorang peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman, bermakna seorang pelajar baharu tidak akan mendapat ​​​​pinjaman,” ​– Wan Saiful

Beliau turut berkata, peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah satu peratus sahaja oleh agensi itu.

Menurutnya, sehingga sekarang PTPTN mempunyai hutang pokok dengan bank sebanyak RM40 bilion dan faedah pinjaman itu sahaja berjumlah RM12 bilion.

“PTPTN bagaimanapun masih mencari formula terbaik bagi meringankan beban peminjam supaya dapat membayar balik pinjaman di samping beban hutang PTPTN sendiri berkurangan,” – Wan Saiful

Untuk rekod, manifesto kerajaan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah pembayaran pinjaman PTPTN akan ditangguhkan selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan.

Janji ini menyebabkan ramai anak muda mengundi PH dengan harapan pembayaran pinjaman tersebut dapat ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, janji tersebut bertukar janji dicapati apabila kerajaan PH melakukan pusingan U dengan mengatakan janji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana hutang negara yang tinggi.

Semenjak memenangi PRU ke 14, pelbagai janji pilihanraya PH tidak dapat ditunaikan sehinggakan PH ditroll di media sosial sebagai Pakatan Hancing. – TTKM- .

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.