
Oleh : Editorial TTKM
Putrajaya , 5 Mac: Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia melalui portal pengisytiharan harta di https://mydeclaration.sprm.gov.my/ telah mengemaskini data mengenai pendapatan bulanan dan aset ahli parlimen, senator dan setiausaha politik kerajaan. Setakat ini portal tersebut telah menyenaraikan pendapatan dan aset seramai 145 orang.
Dari jumlah itu, 120 ahli parlimen kerajaan telah melakukan pengisytiharan manakala baki 9 orang lagi belum berbuat demikian termasuk ahli parlimen Port Dickson yang baharu, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, TTKM menyenaraikan pendapatan bulanan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan. (Boleh baca di sini: Senarai penuh pendapatan bulanan MP PH. Mukhriz juara: RM 105k sebulan. )
Kali ini TTKM meneliti pula siapakah ahli parlimen PH yang memiliki aset paling banyak.
Juaranya jatuh kepada YB DATO’ SRI DR. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU, ahli parlimen Segamat dari PKR. Jumlah aset yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak RM 132 juta. (RM 132,115,000.00.)

Manakala naib juara pula tidak lain tidak bukan adalah YB DATO’ NGEH KOO HAM, ahli parlimen DAP Beruas juga sepupu kepada Nga Kor Ming dengan aset bernilai RM 77 juta. (RM 77,011,990.00)

Tempat ketiga pula jatuh kepada perdana menteri Malaysia yang ke 4 dan ke 7, YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, ahli parlimen PPBM Langkawi dengan aset bernilai RM 32 juta. (RM 32,357,900.00).

Sementara itu, tempat keempat pula sudah tentulah anak kepada perdana menteri, YB DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR, ahli parlimen PPBM Jerlun dengan aset bernilai RM 25 juta (RM 25,170,426.47).

Aset untuk keempat-empat ahli parlimen PH ini sahaja jika dijumlahkan adalah bersamaan dengan RM 266 juta, melebihi dari jumlah kutipan tabung Harapan (yang dikutip dari rakyat) berjumlah RM200 juta.
Berikut merupakan senarai penuh dimulakan dengan nilai aset tertinggi diakhiri dengan yang terendah. – TTKM-
Leave a Reply